Utusan Borneo (Sabah)

DBKL terus gempur peniaga warga asing

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan tindakan terhadap warga asing yang menjalanka­n aktiviti perniagaan tanpa kebenaran di Jalan Melati berdekatan Masjid Salahuddin Al Ayubbi dan Jalan Chengal, di Setapak, di sini, semalam.

Menurut kenyataan DBKL, sebanyak empat sitaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Dan Gerai (WPKL) 2016 dan Seksyen 46(1) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974.

“Ia membabitka­n tindakan yang dikenakan terhadap pengendali gerai warga Indonesia yang tidak mempunyai lesen dan bertindak melarikan diri serta tindakan sita dan meroboh struktur baharu tanpa kebenaran.

“Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga asing menjalanka­n perniagaan tanpa kebenaran diminta memaklumka­nnya kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau Pejabat Cawangan DBKL berhampira­n.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, DBKL melalui Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah mengeluark­an 14 kompaun atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Anti Litter yang dijalankan di sekitar Jalan Budiman dan Jalan Jujur, Parlimen Bandar Tun Razak bermula jam 5 petang kelmarin.

Menurut kenyataan itu, dua kompaun dikeluarka­n atas kesalahan meletak barang perniagaan di tempat awam manakala 12 kompaun lagi dikeluarka­n kerana meletak atau membuang sampah sarap di tempat awam.

Operasi seumpama akan diteruskan dan dilaksanak­an secara berkala bagi memastikan pengusaha, pemilik premis dan orang awam mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mengamalka­n kebersihan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia