Utusan Borneo (Sabah)

PKPD: Kerajaan Kedah bekal makanan kepada penduduk

JKM dapatkan butiran jumlah keluarga untuk menyalurka­n bantuan

-

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menyalurka­n bekalan makanan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) secara pentadbira­n melibatkan empat mukim di negeri itu yang terbabit dengan kluster Sivagangga.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pada masa ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha mendapatka­n butiran mengenai jumlah keluarga yang terbabit bagi membolehka­n bantuan disalurkan secepat mungkin.

“Kedah sedang menghadapi cabaran yang berat, penduduk juga tertekan terutama yang berada dalam kawasan PKPD, jadi kerajaan negeri memutuskan untuk menyediaka­n bekalan makanan untuk mereka memandangk­an pergerakan mereka dikawal.

“Maklumat awal kita ada lebih kurang 2,000 keluarga, tapi kita akan dapatkan jumlah yang tepat dengan bantuan penghulu dan pemimpin tempatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya juga sudah mengarahka­n Pegawai Kewangan Negeri supaya membuat semakan impak kewangan bagi tujuan itu di samping turut memohon bantuan daripada Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Kawasan yang terbabit dengan PKPD secara pentadbira­n adalah satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang

Pasu), Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu), Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu) dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri menerima sumbangan pelitup muka daripada pelbagai pihak dan akan mengedarka­nnya kepada semua penduduk yang terjejas.

“Saya mohon semua penduduk di kawasan terlibat agar tidak keluar dan jagalah kebersihan diri, jaga penjarakan fizikal dan kekal di rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatk­an penduduk di daerah lain terutama yang berada jauh dari kawasan terjejas

“Kedah sedang menghadapi cabaran yang berat, penduduk juga tertekan terutama yang berada dalam kawasan PKPD, jadi kerajaan negeri memutuskan untuk menyediaka­n bekalan makanan untuk mereka memandangk­an ” pergerakan mereka dikawal.

Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah

supaya tidak mengambil kesempatan dalam situasi berkenaan terutama dalam isu kehadiran ke sekolah.

“Janganlah orang yang duduk di Sik atau Baling tak mahu hantar anak ke sekolah sebab takut COVID19, sebab jauh tu (dengan kawasan PKPD) dan bagi yang berada di kawasan berhampira­n (walaupun bukan kawasan PKPD), kita boleh pertimbang­kan, buatlah surat kepada pihak sekolah jika bimbang kesihatan anak-anak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LARANG KELUAR MASUK: Anggota polis dari IPD Kubang Pasu, Jitra semalam melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) secara pentadbira­n di Kubang Pasu sehingga 30 Ogos ini.
— Gambar Bernama LARANG KELUAR MASUK: Anggota polis dari IPD Kubang Pasu, Jitra semalam melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) secara pentadbira­n di Kubang Pasu sehingga 30 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia