Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 24 pelajar baharu USIM dari Sarawak dan Kedah dikuaranti­n

-

NILAI: Seramai 24 pelajar baharu Tamhidi (Asasi) Sesi 2020/2021 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Sarawak dan Kedah dikuaranti­n selama dua minggu susulan perkembang­an semasa kes COVID-19 di kedua-dua negeri berkenaan.

Pengarah Pusat Perumahan Pelajar USIM Mohd Salehudin Syukor berkata pelajar berkenaan terdiri daripada lima pelajar dari Kuching dan selebihnya dari daerah Kubang Pasu di Kedah, menjalani kuarantin di kolej kediaman mereka.

“Pelajar-pelajar ini dipisahkan dan ditempatka­n di blok kediaman yang lain, seramai tiga hingga empat pelajar sahaja kita hadkan dalam satu unit kediaman berbanding pelajar lain seramai enam orang dan mereka perlu jalani kuarantin selama 14 hari… sekiranya ada yang bergejala, kita akan segera bawa ke hospital.

“Makanan semua kita berikan, mereka tidak dibenarkan keluar daripada unit kediaman mereka dan akan dipantau kakitangan kolej kediaman... taaruf (orientasi) dari 3 hingga 7 Ogos dijalankan secara dalam talian termasuk pelajar yang tidak dikuaranti­n,” katanya kepada pemberita pada sesi Kemasukan Pelajar Baharu Tamhidi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Salehudin berkata pada sesi kali ini, seramai 1,437 pelajar ditawarkan bagi mengikuti Tamhidi (Asasi) Sesi 2020/2021 melibatkan Jurusan Perubatan, Pergigian dan Sains; Perakaunan dan Muamalat; Syariah dan Undang-Undang dan Sains Fizikal dan Teknologi.

“Kami buat tawaran kemasukan seperti biasa tetapi kami lihat ada trend peningkata­n permohonan dan mungkin atas faktor pelajar memilih untuk menyambung pengajian dalam negara berbanding luar negara susulan pandemik COVID-19,” katanya.

Mengenai sesi kuliah yang bermula 10 Ogos ini, beliau berkata sesi berkenaan dijalankan secara dalam talian dan pelajar boleh mengikuti kelas dari kolej kediaman mereka sahaja kecuali yang melibatkan penggunaan makmal.

Sesi pendaftara­n hari ini dijalankan secara pandu lalu dan pelajar perlu berdaftar di aplikasi MySejahter­a serta suhu badan mereka diambil sebelum dihantar ke kolej kediaman masing-masing dengan hanya diiringi urus setia.

Sementara itu, seorang pelajar Tamhidi Perubatan,

Pergigian dan Sains, Azfar Irfan Danish Azrul Fahmee, 18, yang juga pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihata­n berkata meskipun banyak prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi apatah lagi tanpa diiringi ibu bapa, beliau tetap bersemanga­t dan cekal melakukan urusan itu sendiri.

“Walaupun sebelah mata saya tidak nampak sejak lahir, tetapi ia bukan alasan untuk saya tidak patuh pada SOP demi kebaikan kita semua, begitu juga dalam pelajaran, meskipun punyai kekurangan, ia bukan penghalang untuk saya bersaing bersama rakan-rakan yang lain.

“Sekira diizinkan-Nya, saya bercita-cita untuk menjadi doktor pakar Nefrologi OKU pertama di Malaysia,” katanya, anak sulung daripada tiga beradik yang berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran sepanjang persekolah­an di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas Ulul Albab.

Sementara itu di Nilai, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengenal pasti lori yang digunakan untuk membuang sisa minyak sehingga menyebabka­n pencemaran Sungai Batang Nilai di sini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an negeri S. Veerapan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan lori terbabit.

“Pihak JAS telah menerima aduan daripada Ahli Majlis Perbandara­n Nilai berkenaan sebuah lori yang telah membuang sisa minyak ke dalam Sungai Batang Nilai pada 10 malam semalam (kelmarin). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NYAH KUMAN: Urus setia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuat semburan nyah kuman pada barangan pelajar dari Kedah yang akan di kuarantin selama dua minggu sempena sesi pendaftara­n pelajar baharu semalam.
— Gambar Bernama NYAH KUMAN: Urus setia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuat semburan nyah kuman pada barangan pelajar dari Kedah yang akan di kuarantin selama dua minggu sempena sesi pendaftara­n pelajar baharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia