Utusan Borneo (Sabah)

Lima prinsip Rukun Negara kunci keharmonia­n, perpaduan kaum

-

KUALA LUMPUR: Lima prinsip Rukun Negara yang dibentuk sejak lima dekad lalu menjadi kunci kepada keharmonia­n dan perpaduan kaum bagi memastikan kejayaan dan kestabilan negara sehingga kini, kata Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Azemi Abdul Aziz.

Beliau berkata lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaa­n kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembaga­an; Kedaulatan Undang-Undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan penting untuk dihayati setiap lapisan masyarakat bagi memperkuku­h perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Walaupun kita mempunyai Perlembaga­an Malaysia sebagai perlembaga­an yang dipegang dan dirujuk, kita lihat prinsip Rukun Negara ini merupakan inti pati kepada perlembaga­an itu sendiri. Ia adalah prinsip yang perlu dipegang oleh semua warganegar­a.

“Kita perlukan satu prinsip yang dapat menggabung­kan tenaga semua masyarakat yang ada dalam negara ini untuk menjadi sebuah negara bersatu padu, aman seterusnya maju ke hadapan,” katanya dalam program Rukun Negara Hour dengan topik ‘Warisan Bangsa dan Negara’ terbitan Bernama Radio, semalam.

Justeru, beliau berkata lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara wajar diperkasak­an semula supaya ia dapat dihayati dan diamalkan oleh masyarakat terutama generasi muda.

“Semua masyarakat perlu terus menyemai semangat, menghayati dan memperkuku­h lima prinsip Rukun Negara ini kerana jika dilihat pada sejarahnya, ia terbukti malah mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang terbaik di dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Azemi berkata Arkib Negara Malaysia mempunyai hampir 100 koleksi bahan terkumpul berkaitan Rukun Negara dalam bentuk fail, terbitan, gambar dan lainlain yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

“Apa yang menarik, kita turut menyimpan Buku Rukun Negara yang dicetak dalam format Braille selain piring hitam lagu Rukun Negara yang dinyanyika­n Sulaiman Masri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Azemi (kanan) ketika ditemubual mengenai Rukun Negara oleh penyampai Bernama Radio Natasha Aimee di Wisma BERNAMA di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Azemi (kanan) ketika ditemubual mengenai Rukun Negara oleh penyampai Bernama Radio Natasha Aimee di Wisma BERNAMA di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia