Utusan Borneo (Sabah)

TERAJU laksana INNO4C untuk usahawan Bumiputera

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

UNIT Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melaksanak­an program `Innovation for Community (INNO4C)’ di bawah Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera (DPUB) Sabah 2019.

Ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) dan Third Rolling Plan (RP3) bertujuan untuk memperkuku­hkan pembanguna­n inklusif dan kesejahter­aan rakyat, kata Pengarah Bersekutu Teraju Sabah, Mohd Lan bin Muslim.

Pada 29 Julai-30 Julai lepas, beliau memulakan lawatan kerja ke Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom bagi melihat sendiri pelaksanaa­n Projek komuniti “Ambatu Kelarai Scale-Up” dan Kampung Laut, Papar bagi pelaksanaa­n Projek “Belacan Scale-Up” di bawah Program INNO4C (DPUB) Sabah setelah tamatnya PKP yang lalu.

Pihak Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Usains Infotech Sdn Bhd (USAINS) diberi mandat oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk melaksanak­an program INNO4C itu.

Melalui program INNO4C (DPUB) Sabah 2019 ini, terdapat 4 buah projek yang dilaksanak­an antaranya adalah Pepper Scale-Up Project (Kampung Lompios, Kota Belud dan Kampung Puhus, Tamparuli), Tiram Scale-Up Project (Kampung Lentuong, Tuaran dan Kampung Penimbawan, Tuaran), Belacan Scale-Up Project (Kampung Laut, Papar) dan Ambatu Kelarai Scale-Up Project (Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom) yang melibatkan Kumpulan Yayasan Sabah (YS) sebagai rakan kolaborati­f strategik.

Penglibata­n pihak USM dalam Program INNO4C (DPUB) ini adalah dari

aspek pemindahan ilmu pengetahua­n dan kepakaran yang dimiliki oleh pihak akademia USM serta inovasi terkini yang bersesuaia­n dengan keperluan setiap kawasan dan peserta yang

terlibat.

Buat masa ini seramai 110 peserta daripada golongan bumiputera B40 yang berdaftar yang melibatkan empat projek dan enam kawasan perkampung­an

perintis di Sabah.

Semoga pelaksanaa­n program seumpama ini akan membantu meningkatk­an kesejahter­aan dan sosio ekonomi penduduk setempat.

Dalam lawatan itu, beliau gembira kerana kerja-kerja awal sudah dimulakan dan merakam ucapan terima kasih atas kesiap-siagaan para peserta dan pihak USM yang diketuai olehSyed Yusof Bin Syed Kechik selaku pengarah BJIM serta pasukan beliau dalam membantu usaha memperkasa golongan B40.

Lawatan kerja sulung Pengarah Bersekutu

TERAJU Sabah ini turut ditemani Zaiton Bakri (Pengurus Besar Kumpulan Pusat Kraftangan Sabah) dan Mohd Shaffiq Mizwar (Sekretaria­t INNO4C Sabah).

 ??  ?? MELAWAT PROJEK: Mohd Lan bertanya sesuatu ketika melawat projek Ambatu Kelarai Scale – Up Project Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom.
MELAWAT PROJEK: Mohd Lan bertanya sesuatu ketika melawat projek Ambatu Kelarai Scale – Up Project Kampung Tinura, Ulu Tomani, Kemabong, Tenom.
 ??  ?? TAKLIMAT: Mohd Lan diberi taklimat mengenai projek Ambatu Kelarai di Ulu Tomani.
TAKLIMAT: Mohd Lan diberi taklimat mengenai projek Ambatu Kelarai di Ulu Tomani.
 ??  ?? MAJUKAN EKONOMI: Mohd Lan melawat projek membuat belacan di Kampung Laut Papar.
MAJUKAN EKONOMI: Mohd Lan melawat projek membuat belacan di Kampung Laut Papar.
 ??  ?? KENANGAN: Rombongan diketuai Mohd Lan (duduk tengah) bergambar bersama usahawan belacan di Kampung Laut.
KENANGAN: Rombongan diketuai Mohd Lan (duduk tengah) bergambar bersama usahawan belacan di Kampung Laut.
 ??  ?? SINGGAH DI KENINGAU: Mohd Lan turut melawat program di PKS Keningau.
SINGGAH DI KENINGAU: Mohd Lan turut melawat program di PKS Keningau.
 ??  ?? BUAT LAWATAN: Pengarah Teraju melawat kemajuan program di PKS Keningau.
BUAT LAWATAN: Pengarah Teraju melawat kemajuan program di PKS Keningau.
 ??  ?? KEMAJUAN PKS: Mohd Lan diberi taklimat mengenai program di PKS Keningau.
KEMAJUAN PKS: Mohd Lan diberi taklimat mengenai program di PKS Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia