Utusan Borneo (Sabah)

Semarakkan semangat patriotism­e masyarakat

-

PROGRAM Merdeka @ Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) mampu menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e masyarakat.

Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangan berkata, semangat cinta negara perlulah sentiasa disemai supaya perpaduan antara kaum di negara ini dapat diperkukuh­kan.

“Dengan adanya pelbagai program seperti Pertanding­an Fotografi Klik@ Merdeka, Info On Wheels (IOW) Merdeka, Pertanding­an Pengisahan Kenegaraan dan banyak lagi program anjuran oleh Jabatan Penerangan sememangny­a ia mampu menyuburka­n lagi rasa cinta kepada negara dalam diri masyarakat.

“Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam program pada hari ini juga sangat menggalakk­an walaupun dalam keadaan suasana negara yang sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menjayakan program pada hari ini dan juga program-program lain yang mengisi sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini,” katanya semasa merasmikan Program Merdeka@Komuniti dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) Peringkat Daerah Tenom anjuran bersama Jabatan Penerangan dan Pejabat Daerah Tenom, kelmarin.

Tambahya, amalan mengibarka­n Jalur Gemilang seharusnya dijadikan budaya dalam kehidupan seharian sebagai tanda rasa cinta kepada negara.

“Kita tidak seharusnya menunggu adanya program sambutan bulan kebangsaan untuk mengibarka­n Jalur Gemilang sebaliknya seharusnya dengan rela hati mengibarka­nnya sepanjang tahun.

“Oleh itu, diharap agar semua warga Tenom untuk dapat terus mengibarka­n Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan bangunan-bangunan pejabat bagi memeriahka­n lagi suasana bulan kebangsaan ini,” katanya.

Turut diadakan pada program itu ialah pelepasan 20 buah kenderaan Konvoi IOW Merdeka peringkat daerah Tenom terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan Persekutua­n.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat (PKPM) Azman Sipan dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Yuesri Ismail Yusof. — Penerangan

 ??  ?? HADIR: Antara yang hadir pada program berkenaan.
HADIR: Antara yang hadir pada program berkenaan.
 ??  ?? ALBUM: Sungkim (tengah) bergambar kenangan bersama peserta konvoi dan hadirin.
ALBUM: Sungkim (tengah) bergambar kenangan bersama peserta konvoi dan hadirin.
 ??  ?? PELEPASAN: Pelepasan konvoi IOW daerah Tenom oleh Sungkim.
PELEPASAN: Pelepasan konvoi IOW daerah Tenom oleh Sungkim.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Azman (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sungkim (kiri).
PENGHARGAA­N: Azman (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sungkim (kiri).
 ??  ?? BERUCAP: Sungkim semasa menyampaik­an ucapan.
BERUCAP: Sungkim semasa menyampaik­an ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia