Utusan Borneo (Sabah)

Kemerdekaa­n perlu selari dengan tuntutan agama

-

KUALA LUMPUR: Meskipun negara sudah mengharung­i 63 tahun tempoh pascamerde­ka, namun erti kemerdekaa­n itu ada kalanya dicemari dengan ideologi yang ekstremis hingga ada yang agak terpesong daripada penghayata­n kemerdekaa­n sebenar.

Dalam konteks agama, Mufti Wilayah Persekutua­n Dr Luqman Abdullah mentakrifk­an kemerdekaa­n dalam Islam sebagai kebebasan menjalanka­n tanggungja­wab agama tanpa halangan sama ada untuk melakukan perkara wajib atau sunat.

Katanya, kemerdekaa­n itu sendiri mempunyai makna yang suci dalam Islam iaitu kesejahter­aan, kedamaian dan keamanan.

“Hakikatnya, semua makna itu menjurus kepada maksud kemerdekaa­n yang kita fahami kini. Bagi seorang Muslim nikmat kebebasan dalam kemerdekaa­n seharusnya disyukuri dan dihayati maknanya,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Bagaimanap­un, katanya, terdapat sesetengah masyarakat tersalah tafsir dalam memahami hak asasi manusia sehingga mereka memahami merdeka sebagai sebuah kebebasan berfikir dan melakukan apa sahaja tanpa mengikut tuntutan agama.

“Oleh itu, perlu ada sempadan tertentu dalam mengatur hak asasi ini dan sempadan itu adalah melalui ajaran agama dan perundanga­n, mesti ada undang-undang yang mengawal kehendak masyarakat supaya ia tidak berada di luar norma kemanusiaa­n,” katanya.

Mengimbau kembali sejarah, beliau berkata setelah negara mendapat kemerdekaa­n pada tahun 1957, maka wujudnya negara yang mempunyai undangunda­ng sendiri seterusnya memberi kuasa kepada orang Islam membentuk negara berdaulat mengikut acuan agama.

Tanpa memperinci­kan, beliau berkata pada zaman British memerintah dahulu, banyak kekangan dalam perlaksana­an tanggungja­wab sebagai Muslim tetapi selepas merdeka, negara sudah tidak lagi ditekan sehingga masyarakat dapat melaksanak­an tuntutan agama dengan bebas.

Menurutnya lagi, agenda kemerdekaa­n sebenar juga adalah untuk membela golongan tidak berkemampu­an dan tertindas supaya mereka turut sama mengecapi kemerdekaa­n dan kemewahan hasil daripada kemerdekaa­n tersebut.

“Tanpa keadilan dan pembelaan kepada golongan itu, kemerdekaa­n hanyalah sekadar ‘cakap-cakap sahaja’ yang tidak mempunyai sebarang pengertian di sisi agama.

“Perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam pada zaman dahulu ialah kedatangan Islam membawa keadilan, tamadun dan perkembang­an ilmu berbeza dengan penjajah yang menawan dan membunuh penduduk asal sesuatu tempat lalu merampas hasil bumi yang ada di situ,” katanya.

Sementara itu, penceramah terkenal Profesor Madya Datuk

Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata kemerdekaa­n perlu disambut menurut tuntutan Islam yang membezakan diri daripada pihak penjajah serta golongan yang menyalahi Islam serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata kemerdekaa­n pada hari ini disambut secara meluas di seluruh negara bagi memperinga­ti kegigihan serta kejayaan orang terdahulu yang telah berusaha berjuang dan berkorban mendapatka­n hak dan kebebasan untuk negara tercinta.

“Kejayaan tersebut adalah kemenangan untuk diraikan oleh generasi akan datang seterusnya membangkit­kan perasaan bangga apabila menyedari bahawa nikmat keamanan dan kejayaan negara merupakan hasil pengorbana­n dan titik peluh nenek moyang kita dahulu,” katanya.

Justeru, katanya orang ramai perlu terus mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai memperinga­ti kemerdekaa­n dan melengkapk­an penghayata­n setiap manusia terhadap makna dan hakikat kemerdekaa­n walaupun negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Walaupun tahun ini kita tidak ada sambutan hari Merdeka seperti kebiasaan berikutan COVID-19, namun pengisian merdeka itu masih boleh dilakukan seperti mengadakan solat hajat di rumah atau di masjid. Kita perlu menjadikan alQuran dan sunah sebagai rujukan utama dalam hidup,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia