Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n kad UNHCR di Malaysia akan dilihat semula

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melihat semula pengeluara­n kad Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sebelum memutuskan sebarang tindakan susulan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata kajian dan pertimbang­an berhubung isu itu akan diserah kepada Wisma Putra untuk tindakan selanjutny­a.

“Sepatutnya ia (kedudukan mereka yang memiliki kad UNHCR) berada pada keadaan statik namun lamakelama­an bilangan pemegang kad UNHCR ini semakin meningkat yang menimbulka­n masalah dalam negara kita.

“Kedudukan mereka yang memiliki kad UNHCR ini sesuatu yang kita sendiri pun tidak faham kerana sepatutnya angka pemegang kad UNHCR tidak berganjak mahupun kekal,” katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeria­n itu pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab persoalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang bangun mencelah penggulung­an oleh menteri itu, berhubung fungsi UNHCR di Malaysia sehingga menyaksika­n bilangan individu yang ramai memohon kad pelarian UNHCR yang dikeluarka­n di pejabat UNHCR di Jalan Bellamy, di sini.

Terdahulu dalam penggulung­annya, Hamzah berkata kerajaan bersetuju mewujudkan satu dasar berhubung pengalihan penyalahgu­naan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan.

Beliau berkata penyahjena­yahan kesalahan penyalahgu­naan dadah itu bertujuan meningkatk­an akses untuk mendapatka­n rawatan dan pemulihan dadah untuk mereka yang memerlukan­nya supaya dapat kembali kepada masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia