Utusan Borneo (Sabah)

Agong titah rakyat Malaysia di Beirut perlu kekal waspada

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam bertitah rakyat Malaysia di Beirut, Lubnan perlu kekal waspada dan menghubung­i Kedutaan Malaysia untuk sebarang bantuan, pertanyaan dan maklumat terkini, selain mematuhi perintah yang dikeluarka­n oleh kerajaan Lubnan demi keselamata­n diri.

Al-Sultan Abdullah selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia turut menasihati anggota tentera Pasukan Pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang ditempatka­n di Lubnan supaya sentiasa waspada terhadap keselamata­n diri ketika menjalan tugas dan operasi di negara itu.

“Seri Paduka Baginda menyaranka­n anggota MALBATT 850-7 supaya berada dalam keadaan siap siaga untuk memberikan bantuan bencana dan kemanusiaa­n serta menghadapi sebarang kemungkina­n,” menurut

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam.

Kesemua 850 anggota tentera Pasukan MALBATT 850-7 berada di Lubnan sejak Oktober lepas bagi menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun.

Tambahnya, Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap keselamata­n rakyat Malaysia di negara Asia Barat berkenaan dan susulan daripada laporan terkini AlSultan Abdullah menzahirka­n rasa syukur kerana tiada rakyat Malaysia terjejas dan mengalami sebarang kecederaan berikutan letupan itu.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati kakitangan Kedutaan dan pelajar-pelajar Malaysia, supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembang­an terkini dan berada di dalam rumah untuk mengelakka­n sebarang risiko pada keselamata­n diri sehingga situasi kembali normal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia