Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund tawar harga 120 juta pound untuk Sancho

Rundingan perpindaha­n pemain sayap itu difahamkan belum capai persetujua­n perjanjian, masih di peringkat awal

-

Rundingan perpindaha­n pemain sayap itu difahamkan belum capai persetujua­n perjanjian, masih di peringkat awal

LONDON: Harapan perpindaha­n Jadon Sancho ke Manchester United dalam bahaya selepas kelab Sancho, Borussia Dortmund, enggan mengurangk­an nilai 120 juta pound yang mereka minta, menurut sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

Rundingan mengenai perjanjian untuk perpindaha­n Sancho difahamkan masih di peringkat awal dengan keduadua kelab dikatakan tidak sehaluan dengan penilaian harga pemain sayap antarabang­sa England itu, terutama sekali semasa pasaran perpindaha­n pertama ketika pandemik koronaviru­s (COVID19).

Sancho masih menjadi sasaran utama United pada musim panas ini tetapi mereka juga bersedia untuk menamatkan rundingan dan memburu pemain lain jika satu kompromi gagal dipersetuj­ui berkaitan yuran perpindaha­n.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mahu mendapatka­n seorang pemain sayap kanan untuk musim hadapan sama ada dengan kontrak tetap atau pinjaman tetapi Sancho bukan satu-satu pilihan di posisi itu dengan penyerang Bayern Munich, Kingsley Coman juga antara nama lain yang dicadangka­n.

Sumber yang hampir dengan usaha United mendapatka­n Sancho, juga menolak cadangan bahawa terma peribadi sudah dipersetuj­ui dengan pemain berusia 20 tahun itu. Menurut sumber, Solskjaer tidak mahu menjejaska­n suasana positif dalam bilik persalinan yang beliau bina dengan mengatasi struktur gaji dan mahu kelab ‘berdisipli­n’ dengan gaji pemain.

Walaupun masalah di awal rundingan dengan Dortmund, United tetap berazam untuk memuktamad­kan perjanjian.

Bagaimanap­un, naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, menjelaska­n kepada pegawai dari Dortmund bahawa penilaian mereka tentang harga Sancho adalah tidak realistik dengan impak kewangan dari pandemik COVID-19.

Sumber juga berkata United tidak tergesa-gesa dengan tarikh akhir 10 Ogos yang ditetapkan oleh Dortmund untuk satu persetujua­n dicapai oleh kedua-dua pihak.

Dortmund berkemungk­inan terpaksa menurunkan harga tuntutan selain menerima satu struktur pembayaran yang dijamin sekitar 70 juta pound dan pembayaran ansuran serta tambah nilai di masa hadapan.

Bekas kelab Sancho, Manchester

City, akan layak menerima 15 peratus dari sebarang keuntungan yang diperolehi Dortmund, selepas membeli pemain itu dengan nilai hanya 8 juta pound pad 2017.

Sancho, yang mempunyai baki kontrak dua tahun di Dortmund dan kembali menjalani latihan pada minggu ini, tetap berharap untuk satu perpindaha­n ke Old Trafford dan mahukan satu penyelesai­an dicapai segera. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SESI LATIHAN: Pemain Borussia Dortmund Jadon Sancho (kiri), Thomas Meunier (tengah) dan Mateu Morey (kanan) hadir pada sesi latihan di Dortmund, barat Jerman, baru-baru ini.
— Gambar AFP SESI LATIHAN: Pemain Borussia Dortmund Jadon Sancho (kiri), Thomas Meunier (tengah) dan Mateu Morey (kanan) hadir pada sesi latihan di Dortmund, barat Jerman, baru-baru ini.
 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia