Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan dalam Liga Europa batu loncatan untuk United

-

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata kemenangan dalam Liga Europa mungkin menjadi batu loncatan untuk era baharu kegemilang­an Manchester United.

United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga ketiga selepas penamat memberangs­angkan pada musim yang terganggu oleh pandemik koronaviru­s (COVID-19), bermakna mereka akan kembali ke Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

United kelihatan hampir pasti melangkah ke peringkat suku akhir Liga Europa selepas menang 5-0 pada perlawanan pertama pusingan kedua menentang kelab dari Austria, LASK pada bulan Mac.

Solskjaer berkata memenangi kejuaraan pertama sebagai jurulatih United pastinya “hebat” dari segi membentuk mentaliti kemenangan. “Anda boleh melihatnya,” kata beliau pada sidang media sebelum perlawanan pada Selasa. “Apabila Sir Alex (Ferguson) memenangi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama, ia adalah permulaan untuk era (kejuaraan) Liga Perdana. Ia bermula dengan kejuaraan Piala FA (pada 1990).

“Secara peribadiny­a, apabila saya memenangi trofi pertama sebagai pemain, ia menjadikan saya lebih bersemanga­t kerana anda melihat kemuncak kegembiraa­n dan bagaimana ia sangat bermakna untuk semua orang.”

Solskjaer juga merujuk kejayaanny­a sebagai seorang jurulatih selepas memenangi kejuaraan liga pertama dalam sejarah kelab dari Norway, Molde, pada 2011.

“Ia adalah kejuaraan pertama untuk kelab dalam 100 tahun sejarah mereka. Sejak itu, mereka sudah memenangin­ya sebanyak empat kali dalam kira-kira lapan atau sembilan tahun, jadi ia satu perubahan besar untuk kelab itu dan juga bagi saya untuk pasukan ini dan juga jika kami boleh memenangi satu kejuaraan, ia boleh menjadi satu langkah besar.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia