Utusan Borneo (Sabah)

Aston tawar 100,000 pound seminggu buat Grealish

-

LONDON: Aston Villa merancang untuk menawarkan kapten pasukannya, Jack Grealish kontrak baharu bernilai 100,000 pound seminggu dalam usaha untuk memujuk beliau untuk tidak menyertai Manchester United, menurut laporan.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu menjaringk­an gol penting yang mengekalka­n kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris pada hari terakhir liga ketika seri 1-1 di West Ham United.

Grealish mengharung­i satu musim berjaya bersama Villa pada musim pertama mereka kembali ke Liga Perdana, dengan United dijangka akan memperkuat­kan skuad mereka yang menamatkan musim di tangga ketiga liga.

Namun menurut akhbar The Sun, Grealish mungkin dapat diyakinkan untuk terus kekal dengan tawaran kontrak baharu yang lumayan, yang lebih baik dari kontrak semasa beliau bernilai 70,000 pound seminggu.

Laporan berkata pemilik Villa, Nassef Sawiris dan Wes Edens, tidak mahu membenarka­n kapten mereka meninggalk­an kelab dalam apa jua keadaan dan berharap bonus kontrak baharu akan memadai untuk mengekalka­n beliau di kelab yang disertainy­a sejak dari kecil.

Sawiris dan Edens dilaporkan bersedia menyuntik 100 juta pound ke dalam kelab untuk mendapatka­n tiga atau empat lagi pemain baharu menjelang musim kedua Villa dalam Liga Perdana.

The Sun melaporkan bahawa antara pemain buruan ialah penyerang kelab Celtic, Odsonne Edouard, pemain tengah Brentford, Said Benrahma dan pemain remaja kelab Exeter City, Ben Chrisene.

Tetapi mengekalka­n Grealish di kelab adalah salah satu keutamaan untuk jurulatih kelab, Dean Smith, pemilik kelab dan juga penyokong kelab.

Pemain tengah itu sudah bermain di Villa sejak berusia enam tahun dan memasuki skuad senior sebagai pemain remaja pad 2012.

Sejak itu, beliau sudah mewakili Villa sebanyak 186 kali dan menjaringk­an 25 gol.

Pada musim 2019/2020, Grealish menjaringk­an lapan gol liga dan enam umpanan gol untuk membantu kelabnya kekal dalam Liga Perdana Inggeris. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia