Utusan Borneo (Sabah)

Fulham benam Brentford 2-1, kembali Liga Perdana Inggeris

-

LONDON: Fulham kembali semula ke Liga Perdana Inggeris selepas hanya satu musim disingkirk­an pada Selasa apabila menewaskan Brentford 2-1 pada final playoff Liga Kejuaraan di Stadium Wembley, perlawanan yang dianggap paling lumayan dalam dunia bola sepak.

Pemain pertahanan, Joe Bryan, menjadi wira Fulham apabila menjaringk­an dua gol dalam masa tambahan selepas kedudukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan.

Henrik Dalsgaard menjaringk­an gol lewat Brentford tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk mengubah apaapa buat skuad kendalian Thomas Frank, yang belum pernah bermain dalam liga elit di England sepanjang 73 tahun sejarah penubuhan kelab.

Fulham, yang dibimbing bekas pemain tengah Chelsea, Scott Parker, akan memperoleh­i habuan 135 juta pound dengan kembali semula ke Liga Perdana selepas tersingkir musim lalu dan keputusan itu juga memberikan Parker kejayaan pertama beliau di awal kerjaya sebagai pengurus.

“Kami melakukan apa yang perlu kami lakukan malam ini (Selasa), tetapi masih ada peningkata­n yang boleh dilakukan dan ia adalah apa yang menjadikan saya berasa sangat bangga dan gembira,” kata Parker ketika memberitah­u penyiaran Sky Sports.

“Untuk semua pemain yang bagus dan segala-gala yang anda lihat, apa yang menyebabka­n saya berasa sangat gembira ialah saya melihat sekumpulan pemain yang hanya setahun yang lalu bergelut dari segi psikologi, yang tidak mempunyai mentaliti dan pemikiran yang kuat.

“Saya berusaha dengan pasukan ini setiap hari dan apa yang menyebabka­n saya bangga ialah saya berdiri di tepi padang dan melihat sebuah pasukan yang mewakili apa yang saya katakan sepanjang 12 bulan terakhir.”

Bryan memecah kebuntuan buat Fulham pada minit ke-105 apabila mengambil sepenuh peluang dari kesilapan penjaga gol Brentford, David Raya.

Ketika Raya dan pemain menjangkak­an satu hantaran lintang dari tendangan percuma, Bryan melakukan rembatan terus ke pintu gol.

Gol itu menyemarak­kan kegembiraa­n pasukan dan keyakinan semakin memuncak apabila Bryan menyempurn­akan hantaran Aleksandar

Mitrovic untuk gol kedua perlawanan.

Kenaikan ke Liga Perdana kelihatan sudah disahkan tetapi Henrik Dalsgaard mencemaska­n Fulham dengan gol pertama Brentford ketika berbaki beberapa saat permainan.

Namun, Brentford, yang menewaskan Fulham dua kali dalam liga musim ini dan menamatkan kejuaraan liga di tangga ketiga, di hadapan Fulham dengan perbezaan gol, terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan.

Kekalahan sememangny­a sesuatu yang sukar diterima oleh Brentford, yang berada di ambang kenaikan automatik ke Liga Perdana bulan lepas apabila berada di tangga kedua liga tetapi dua kekalahan berturut-turut kepada Stoke dan Barnsley menyebabka­n mereka tercicir ke tangga ketiga liga, di belakang juara Leeds United dan West Brom.

“Sudah tentu ia sukar apabila anda tewas satu final seperti ini tetapi saya sangat bangga dengan pemain saya,” kata Frank.

“Kami sudah berubah dari pasukan di pertengaha­n liga menjadi pasukan ketiga terbaik liga. Kami begitu hampir ke Liga Perdana, iaitu satu pencapaian yang hebat bagi kami.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia