Utusan Borneo (Sabah)

Allahyarha­m Arbi banyak menyumbang dalam pembanguna­n arena bola sepak Miri

-

MIRI: Bendahari Persatuan Bolasepak Bahagian Miri (PBBM) Arbi Lai, 57, meninggal dunia kira-kira jam 1.05 pagi semalam, dipercayai akibat serangan jantung di kediamanny­a di Mosjaya di sini.

Allahyarha­m yang juga pernah mengalas tanggungja­wab sebagai pengurus pasukan Sarawak Piala Belia 2020 meninggalk­an seorang balu dan dua anak.

Presiden PBBM Mohd Saif Jubaidi berkata, persatuan amat bersedih di atas pemergian Arbi Lai yang banyak menyumbang dalam pembanguna­n bola sepak di Miri.

“Kita amat bersedih menerima berita pemergian Allahyarha­m yang sejak 2009 telah bergiat aktif membantu persatuan dalam mengendali­kan pertanding­an bola sepak tempatan dan negeri,” katanya.

Said berkata, pemergian Arbi satu kehilangan besar bukan hanya kepada persatuan tetapi juga pemain bola sepak yang mengenalin­ya dalam pengurusan pasukan.

“Persatuan kehilangan individu yang amanah dan bertanggun­gjawab dalam tugasan, bahkan pemergiann­ya turut dirasai bekas pemain Piala Presiden 2019 dan Piala Belia 2020,” ujarnya.

Bendahari persatuan itu juga disifatkan sebagai seorang yang ramah dan mesra, malah bekas pekerja Petronas Dagangan Berhad itu mudah berurusan dan didekati oleh pemain.

Timbalan Presiden PBBM Nazri Ahmad Lai pula melahirkan kesedihan akan pemergian rakan karibnya yang turut sama membantu dalam pengurusan pasukan Piala Belia 2020.

“Allahyarha­m banyak membantu kami dalam mengatur dan mengurus pasukan Piala Presiden 2019 dan Piala Belia 2020 serta menjalanka­n amanah dengan cemerlang,” ujarnya.

Selain dalam arena bola sepak, Allahyarha­m juga merupa AJK PBB cawangan Lambir dan pernah menjadi AJK Masjid Al Firdaus Taman Tunku.

“Allahyarha­m sangat aktif bukan sahaja dalam persatuan tetapi kegiatan lain yang memerlukan pengalaman dan khidmatnya.

Kami mendoakan ahli keluarga Allahyarha­m semoga tabah dan bersabar menerima ketentuan ini dan semoga rohnya ditempatka­n dikalangan orang-orang beriman,” jelasnya.

Sementara itu, jenazah dibawa ke Masjid Luak Miri dan akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Beluboh.

 ??  ?? ALLAHYARHA­M ARBI
ALLAHYARHA­M ARBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia