Utusan Borneo (Sabah)

Seekor gajah jantan berjaya dipindahka­n ke Hutan Simpan Ulu Segama-Malua

- Oleh Norwahida Yamaluddin

Seekor gajah jantan berjaya dipindahka­n ke habitatnya di Hutan Simpan Ulu Segama - Malua, di sini, kelmarin.

Kerja-kerja pemindahan gajah berumur lebih kurang 12 tahun itu dilakukan tujuh petugas terdiri empat dari Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Lahad Datu dan tiga Unit Penyelamat­an Hidupan Liar (WRU).

Menurut Pegawai JHLS Daerah Lahad Datu

Silvester Saimin, gajah berkenaan ditangkap ketika merayau bersendiri­an di suatu kawasan di Batu 15 Jalan Sandakan - Lahad Datu berada dalam keadaan sihat semasa dipindahka­n.

“Sebuah kenderaan digunakan dalam proses pemindahan ini dan atas kepakaran dan pengalaman yang ada pada kakitangan terlibat telah menjadikan penugasan ini berjaya dilaksanak­an,” katanya di sini, semalam.

Beliau mendedahka­n, gajah dengan ketinggian 182cm itu ditangkap pada 29 Julai telah dikesan berada di beberapa ladang kelapa sawit secara solo.

Silvester berkata, gajah Pygmy Borneo yang dilindungi sepenuhnya kerajaan dan disenaraik­an dalam Jadual 1 Spesies Dilindungi Sepenuhnya Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar Sabah 1997 itu diharap dapat menyesuaik­an diri di habitat baharunya.

”Gajah itu tidak dipasang kolar pengesan satelit kerana dia jantan tunggal dan perkembang­an terkininya sentiasa dalam pemantauan,” katanya.

Katanya, hutan simpan yang menjadi habitat baharu gajah itu dilihat sesuai kerana terdapat banyak sumber makanan yang ada di situ.

 ??  ?? PINDAH: Gajah jantan yang dipindahka­n ke Hutan Simpan Ulu Segama-Malua.
PINDAH: Gajah jantan yang dipindahka­n ke Hutan Simpan Ulu Segama-Malua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia