Utusan Borneo (Sabah)

PKR Penampang masih utuh: Christina

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Penampang masih utuh, kata Ketua PKR Sabah Datuk Christina Liew.

Beliau mengumumka­n bahawa wakil Timbalan Ketua cabang Joseph Alex Chang sekarang menjadi ketua cabang, berikutan pemergian ketuanya Kenny Chua.

Christina berkata, Joseph berjaya memegang kubu berkenaan dan secara automatik dia adalah ketua cabang PKR Penampang yang baharu dengan dua pertiga daripada jawatankua­sa cabang ada bersamanya.

Beliau yang juga sebagai

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah berkata demikian selepas mesyuarat kumpulan berkenaan yang diketuai oleh Joseph pada malam kelmarin.

Dia memberi jaminan bahawa cabang itu akan dijaga oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.

Sementara itu, Joseph berjanji akan menyokong penuh perjuangan parti itu bagi pihak cabang berkenaan dengan mengatakan bahawa Penampang adalah kubu kuat PKR.

“Walaupun apa yang telah terjadi, kami berada dalam posisi yang baik dan siap untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia