Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Bahagian UPKO Keningau serah borang sertai STAR Bingkor

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Ketua dan Timbalan Ketua Cawangan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kg Binaong Bingkor mengumumka­n keluar parti untuk menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Angie Kathil selaku ketua dan timbalanny­a Franchis Inggit menyerahka­n borang kemasukan ahli kepada Naib Presiden STAR Robert Tawik pada majlis ringkas di pejabat perhubunga­n parti itu di sini.

“Kami menyertai STAR kerana hilang kepercayaa­n dengan pucuk pimpinan UPKO yang tidak konsisten dalam perjuangan dan hala tuju,” kata Angie yang juga Ahli Jawatankua­sa Bahagian

UPKO Keningau.

Menurutnya, langkah terbaik ialah menyertai STAR pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang konsisten dengan perjuangan menuntut hak-hak Sabah dalam perjanjian pembentuka­n Malaysia.

Tambahan pula, kata Angie STAR merupakan sekutu Perikatan Nasional (PN) dan sehaluan dengan kepimpinan pusat di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Angie yang juga Pengerusi MPKK Kg Binaong turut teruja dengan pejuangan STAR di sini melalui komitmen Robert yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Sementara itu Robert mengalu-alukan penyertaan dua pemimpin peringkat akar umbi itu ke dalam parti STAR.

“Sudah pasti kemasukan beberapa pengundi kawasan ini sejak kebelakang­an ini dapat menjamin kemenangan yang kian terserlah menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-15,” katanya.

Terdahulu Robert yang juga Ketua Bahagian STAR Bingkor menerima penyertaan 245 ahli baharu dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ranggom (105), PDM Marampong (100) dan PDM Bunga Raya (40).

Borang keahlian diterima Robert dari ketua-ketua PDM terdiri dari Alex Amik (Ranggom), Sarudin Kinsil (Marampong) dan Clarence Jocobus (Bunga Raya) dalam majlis ringkas di pejabat STAR Bingkor.

 ??  ?? AHLI BAHARU: Robert (empat kiri) menerima borang daripada Angie dan Francis (dua kiri).
AHLI BAHARU: Robert (empat kiri) menerima borang daripada Angie dan Francis (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia