Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena penjara tujuh bulan kerana ambil dadah

-

Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan mengambil dadah jenis Amfetamina dan Metamfetam­ina.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Fazizy Mislawi selepas dia mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah juga mengarahka­n hukuman penjara berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap, 30 Julai lalu, selain memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi kepada diri sendiri dadah tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan pada 3 Disember 2014, jam 1.40 petang.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang lelaki dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki sebuah kereta curi.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar mengarahka­n agar hukuman penjara terhadap Mohd Hadi Abdul Karim Boon, 29, untuk dijalankan bermula kelmarin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 30 Julai lalu, kira-kira jam 11.25 pagi di Jalan Moyan, Batu Kawa, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu yang juga merupakan rakan kepada pemilik kereta sedan berkenaan mendapati kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya telah dicuri pada jam 7 pagi, hari yang sama.

Dia kemudian membuat laporan polis dan hebahan di laman sesawang Facebook tentang kereta tersebut.

Selang beberapa jam kemudian, dia dihubungi oleh orang awam yang menyatakan bahawa kereta milik rakannya terlibat dalam kemalangan dan diletakkan di tepi jalan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia