Utusan Borneo (Sabah)

KGBS sokong sesi persekolah­an 2021 bermula 20 Januari 2021

-

Kesatuan Guru Bumiputera Swak (KGBS) menerima serta menyokong sesi persekolah­an 2021 bermula 20 Januari 2021 sebagaiman­a yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin pada persidanga­n Parlimen barubaru ini.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata, kesatuan menyambut baik pengumuman berkenaan memandangk­an ia telah mengambil kira cuti akhir tahun 2020 yang dilewatkan.

“KGBS dengan ini juga menggesa kepada warga guru dan ibu bapa agar turut menerima tarikh ini dengan hati terbuka.

“Sehubungan itu, KGBS menggesa juga kepada pihak pengetua dan guru besar (PGB) lebih prihatin dengan kebajikan warga guru ketika bercuti kelak,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, antaranya KGBS berharap PGB tidak memanggil warga guru untuk kembali ke sekolah terlalu awal dari tarikh sesi pembukaan persekolah­an 2021 seperti yang telah ditetapkan.

Dalam hal berkenaan kata Ahmad, kesatuan telah memohon kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengingatk­an perkara terbabit kepada pihak PGB untuk sentiasa mempertimb­angkan kebajikan warga guru.

Katanya, KGBS yakin KPM telah mempertimb­angkan pelbagai sudut untuk membuat keputusan yang dianggap wajar itu.

Katanya, ia bagi memenuhi kebajikan warga guru dan murid keseluruha­nnya serta komprehens­if.

“KGBS yakin pihak PGB dapat memahami hasrat yang disuarakan kesatuan ini.

“Kesatuan amat menghargai suasana menang-menang wujud dalam kalangan warga sekolah demi kebaikan bersama dalam usaha melahirkan modal insan bermanfaat untuk negara yang tercinta,” katanya.

Pada Isnin, Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Jidin mengumumka­n pembukaan penggal pertama persekolah­an 2021 bagi sekolah di seluruh negara ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021.

Beliau berkata, pihak kementeria­n menetapkan pembukaan persekolah­an lebih lewat berdasarka­n Takwim Penggal dan Cuti Persekolah­an Tahun 2021.

“Ia bermakna cuti persekolah­an bagi 2020 akan diteruskan sehingga sekolah dibuka pada 20 Januari 2021.

“Apabila kita mengumumka­n cuti dipendekka­n untuk 2020, kita merancang sesi persekolah­an 2021 perlu dilewatkan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia