Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Isaias badai pantai timur AS, seorang maut di New York

-

Taufan tropika Isaias membadai pantai timur Amerika Syarikat (AS) dengan hujan lebat dan ribut kencang kelmarin, memutuskan bekalan elektrik kepada jutaan isi rumah dan menumbangk­an pokok, termasuk di New York.

Sekurang-kurangnya seorang individu maut di Kota New York selepas sebatang pokok tumbang ke atas kereta mereka, manakala seorang lagi cedera parah selepas ditimpa dahan pokok yang patah, kata Datuk Bandar Bill de Blasio.

Ribut sederas 80 kilometer sejam mencetuska­n huruhara di negeri timur, mengotori jalan dengan puing, menutup jalan dan memaksa pembatalan puluhan penerbanga­n.

Khidmat pengangkut­an awam juga digantung buat sekejap termasuk feri Pulau Staten yang terkenal di New York.

Di New Jersey, di mana Gabenor Phil Murphy mengisytih­arkan keadaan darurat sebelum ketibaan Isaias, rakaman video menunjukka­n bumbung rumah yang robek manakala penduduk diarah duduk dalam rumah di tengah-tengah ancaman puting beliung.

Isaias dengan cepat bergerak ke atas Pantai Timur selepas ia membadai pantai Carolina Utara pada waktu malam dengan kekuatan hurikan sebelum ia diturun taraf kepada taufan tropika.

Gabenor Carolina Utara Roy Cooper berkata sekurangku­rangnya satu kematian dilaporkan di negeri selatan itu dan sejumlah orang cedera.

“Pada keseluruha­nnya,” kata Cooper kepada ABC, “kerosakan tidak seteruk yang dijangkaka­n.”

“Kita ada banyak pokok yang tumbang,” kata gabenor itu. “Kita mengalami beberapa banjir taufan. Kita ada kira-kira 355,000 orang tanpa bekalan elektrik.”

Pihak berkuasa New York, yang sentiasa bimbang mengenai kerosakan buruk yang disebabkan oleh Taufan

Super Sandy pada 2012, membina benteng banjir sementara di Lower Manhattan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir taufan.

Tiub lentur oren yang dikenali sebagai “Empangan Harimau” telah dipasang di kawasan rendah.

Pegawai menjangkak­an banjir taufan kira-kira setinggi 0.3 hingga 0.6 meter.

Sandy menyebabka­n ombak setinggi 4.2 meter.

Tetapi hujan ternyata tidak selebat seperti yang dikhuatiri.

“Taufan ini jauh lebih umpama satu peristiwa ribut berbanding banjir setakat ini, syukur kepada Tuhan,” kata de Blasio kepada stesen berita tempatan NY1.

Pusat Hurikan Nasional (NHC) mengeluark­an amaran puting beliung bagi beberapa kawasan di Pantai Timur.

Sekurang-kurangnya 78 penerbanga­n dibatalkan di Lapangan Terbang LaGuardia, New York. Sebanyak 55 pembatalan dilaporkan di JFK.

Hampir tiga juga pelanggan syarikat utiliti melaporkan kejadian bekalan elektrik terputus di wilayah Atlantik Tengah, kebanyakan­nya di New Jersey.

Taufan yang bergerak pantas itu sedang bergerak ke timur laut menurut NHC dan dijangka akan bergerak ke timur laut AS dan selatan Kanada pada waktu malam.

Washington, Baltimore dan bandar raya lain di pantai Atlantik atau berhampira­n mengalami hujan yang lebat.

“Saya menggesa kepada semua orang pada laluan taufan untuk terus waspada dan mematuhi panduan pihak berkuasa tempatan dan negeri anda,” kata Presiden Donald Trump kelmarin dalam satu sidang akhbar Rumah Putih.

Taufan itu terdahulu membawa hujan lebat ke Bahamas, menumbangk­an pokok dan membanjiri jalan, sebelum pegawai pengurusan kecemasan pada Ahad lepas mengesahka­n keadaan selamat.

Sekurang-kurangnya seorang maut di Puerto Rico dan taufan turut membadai Haiti dan Republik Dominika. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KUASA ALAM: Gambar menunjukka­n dahan pokok yang patah menimpa sebuah kereta selepas Taufan Tropika Isaias membadai daerah Astoria di Kota New York kelmarin.
— Gambar AFP KUASA ALAM: Gambar menunjukka­n dahan pokok yang patah menimpa sebuah kereta selepas Taufan Tropika Isaias membadai daerah Astoria di Kota New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia