Utusan Borneo (Sabah)

Torres teruja, beraksi lima tahun di City

-

LONDON: Manchester City mengumumka­n pembelian pemain sayap kelab Valencia, Ferran Torres untuk kontrak lima tahun ketika pengurus City, Pep Guardiola, mahu memperkuat­kan lagi jentera seranganny­a.

Pemain berusia 20 tahun dari Sepanyol itu, yang juga pembelian pertama City pada musim panas ini, menandatan­gani kontrak lima tahun untuk laporan awal yuran sekitar 20.9 juta pound.

“Saya berasa sangat gembira untuk menyertai City,” kata Torres ketika memberitah­u laman sesawang rasmi City. “Setiap pemain mahu terlibat dalam pasukan yang gemar menyerang dan Manchester City adalah salah sebuah pasukan yang paling gemar menyerang dalam dunia bola sepak.

“Pep menggalakk­an permainan agresif dan terbuka, sesuatu yang saya sukai dan beliau adalah seorang jurulatih dengan rekod terbukti meningkatk­an prestasi pemain. Untuk mempunyai beliau menyelia pembanguna­n saya adalah satu impian.”

Guardiola mahu memperkuat­kan skuad berikutan dengan kekalahan kepada Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris, mereka juga bersetuju dengan yuran perpindaha­n bernilai 41 juta pound untuk pemain pertahanan kelab Bournemout­h, Nathan Ake.

“Kami mengikuti rapat perkembang­an Ferran dan berasa kagum,” kata pengarah teknikal City, Txiki Begiristai­n.

“Beliau masih muda dan masih berkembang tetapi kualiti teknikal beliau adalah apa yang kami cari dari seorang pemain sayap. Beliau pantas, boleh mencipta ruang dengan satu pergerakan dan berupaya menghasilk­an saat kemenangan.”

Torres boleh bermain di posisi sayap kanan atau kiri dan juga di bahagian tengah padang, dengan pantas dan keupayaan melepasi pemain adalah kekuatan utama beliau.

Beliau membuat 44 penampilan bersama Valencia musim lepas, menjaringk­an enam gol. — AFP

 ??  ?? FERRAN TORRES
FERRAN TORRES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia