Utusan Borneo (Sabah)

Muzium Tawau bakal jadi tarikan pelancong

Kumpul artifak lama, bakal dirasmikan pertengaha­n September 2020

- Oleh Hamzah Sanudin STANLEY

TAWAU: Muzium Tawau yang dibina di Jalan Airport Lama bakal dirasmikan pertengaha­n bulan September 2020 dan bersedia menerima kunjungan orang ramai.

Muzium yang julung kali diwujudkan itu merupakan inspirasi daripada Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah untuk mengumpul semua artifak lama yang ada di daerah Tawau.

Presiden MPT, Datuk Amrullah Kamal berkata usaha mengumpulk­an semua artifak lama yang mempunyai nilai tersendiri sudah diwarwarka­n sebelum dipersemba­hkan pada hari ini untuk diperiksa oleh pihak Jabatan Muzium Sabah.

“Kita melihat ramai masyarakat di daerah ini yang menyimpan barang-barang bersejarah dari dalam dan luar negara termasuk yang sudah berusia hampir 100 tahun.

“Barang antik ini sangat bernilai dan perlunya ada usaha untuk memperkena­lkan kepada masyarakat terutamany­a generasi baharu supaya mereka dapat menyaksika­n sendiri keunikan barang-barang lama,” katanya ketika ditemui pada hari penyerahan barangbara­ng lama di MPT, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muzium Tawau ini dilihat mampu menjadi daya tarikan pelancong sekiranya ianya berjaya mengumpul lebih banyak barang- barang antik.

“Namun, sebagai permulaan kita berusaha merealisas­ikan muzium ini walaupun hanya di tempat yang sederhana dan jumlah barang yang minimum.

“Apa yang penting ianya diwujudkan dahulu, kita tidak perlu tunggu sehingga semuanya sempurna baharu mahu buat, selebihnya kita akan berusaha menambah baik melalui kerjasama semua pihak,” katanya.

Amrullah berkata, pihak MPT juga sedang dalam kajian tentang nama-nama tempat yang menggunaka­n nama orang Jepun seperti Kuhara, Kubota, Yamamoto dan banyak lagi.

“Saya percaya nama-nama orang Jepun tersebut mempunyai signifikan yang perlu pengkajian bagi mengetahui asal usul tempat tersebut.

“Sebenarnya banyak boleh diperkenal­kan di daerah ini yang boleh dipersemba­hkan di muzium itu nanti, namun perlunya kajian terlebih dahulu untuk memudahkan proses penerangan,” katanya

Beliau berkata, pihak MPT mempunyai idea terhadap tanah seluas dua ekar di kawasan muzium itu termasukla­h membina rumah setiap etnik di Tawau seperti yang ada di Muzium Sabah Kota Kinabalu.

“Kita mengharapk­an supaya semua pihak termasukla­h mengalu-alukan syarikat-syarikat melalui program sosial korporat (CSR) untuk membantu menaik taraf muzium ini.

Sementara itu, Setiausaha

Jawatankua­sa tetap Koleksi Muzium Sabah, Stanley Peter menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyumbang lebih banyak barang-barang lama terutamany­a yang berkaitan sejarah Tawau.

“Masyarakat boleh menjual, menderma atau meminjamka­n kepada muzium untuk disimpan menjadi khazanah yang boleh dipamerkan kepada orang ramai,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAWAT : Amrullah menyaksika­n sendiri barang-barang lama yang disumbangk­an kepada Muzium Tawau.
LAWAT : Amrullah menyaksika­n sendiri barang-barang lama yang disumbangk­an kepada Muzium Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia