Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ugut tikam anak guna pemutar skru berjaya ditahan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk menikam anak sulungnya menggunaka­n pemutar skru berjaya ditahan pihak polis selepas rundingan selama dua jam di sebuah rumah di Kionsom di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, punca kejadian dipercayai disebabkan perselisih­an faham antara suspek dan isterinya selepas bergaduh angkara alat kawalan televisyen.

“Suspek yang mengamuk akibat kejadian segera mengheret anaknya di tangga rumah dan mengambil alat pemutar skru sebelum mengugut untuk menikam leher anak lelakinya itu.

“Disebabkan takut dan tidak mampu mengawal keadaan, isteri mangsa segera menghubung­i pihak polis untuk mendapatka­n pertolonga­n,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis yang tiba di lokasi segera menjalanka­n rundingan kepada suspek agar melepaskan anaknya bagaimanap­un rundingan tidak diterima dan suspek masih berkeras mengugut menikam anaknya jika pihak polis mendekati mereka.

“Suspek masih nekad mengugut untuk menikam leher anaknya walaupun rundingan sudah berjalan hampir dua jam sehinggala­h salah seorang pegawai wanita kita mendekati suspek dan bertanyaka­n sama ada suspek menyayangi anaknya atau sebaliknya.

“Kaedah pujukan secara psikologi yang berjalan kirakira dua minit itu berjaya melembutka­n hati suspek sebelum suspek menyerahka­n pemutar skru kepada pegawai wanita itu sebelum suspek ditahan,” katanya.

Menurutnya, mangsa berumur lapan tahun berjaya diselamatk­an bagaimanap­un masih dalam keadaan trauma disebabkan kejadian.

“Suspek berumur 36 tahun kemudianny­a dibawa ke

IPD Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutny­a dan hasil siasatan mendapati semasa kejadian suspek di bawah pengaruh dadah dan ujian urin yang dijalankan menunjukka­n suspek positif dadah jenis syabu.

“Siasatan lanjut turut mendedahka­n suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau mengikut kesalahan dadah serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan kepada isterinya menggunaka­n parang pada bulan lalu sehingga dimasukkan ke wad kecemasan,” katanya.

Habibi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 ??  ?? TANGKAP: Habibi menunjukka­n gambar suspek yang sudah ditangkap selepas mengugut menikam leher anaknya menggunaka­n pemutar skru.
TANGKAP: Habibi menunjukka­n gambar suspek yang sudah ditangkap selepas mengugut menikam leher anaknya menggunaka­n pemutar skru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia