Utusan Borneo (Sabah)

Isuzu Malaysia perkenal Isuzu D-Max edisi terhad Stealth

- Www.isuzu.net.my/pickup/ https://www.facebook.com/ ISUZU.DMax.Malaysia.

KUCHING: Isuzu Malaysia memperkena­lkan Isuzu D-Max edisi terhad terbaharu dikenali dengan nama Stealth, mewakili penggayaan menonjol dan agresif dengan semangatny­a yang tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Masayuki Suzuki dalam kenyataan media semalam berkata Stealth hadir dengan sentuhan rekaan eksklusif yang menarik perhatian dan berbeza daripada kebiasaan D-Max sedia ada.

“Pelanggan yang mencari sebuah trak pikap tahan lasak dan boleh diharap dalam pasaran ketika ini akan menemui pakej penampilan dan prestasi yang mengujakan pada Isuzu D-Max Stealth.

“Luarannya yang bergaya turut dipadankan dengan rekaan dalaman yang menyerlah, menjadi penyataann­ya yang tersendiri, memberikan kelainan ketika di jalanan bagi pemiliknya,” jelas Suzuki.

Menggunaka­n asas penawaran yang sama dengan Isuzu D-Max 4x4 Premium automatik, Stealth dilengkapi enjin 1.9 liter Ddi Blue Power yang telah menerima banyak pujian baik daripada pengagum mahupun pengkritik yang mengiktira­fnya sebagai teknologi berkesan mengubah landskap pasaran trak pikap.

Didatangka­n dalam dua warna, Stallion Black Metallic atau Silky White Pearl, Isuzu D-Max Stealth hanya akan ditawarkan dalam jumlah terhad sebanyak 180 unit sahaja.

Dibangunka­n daripada tema rekaan pikap urban premium, Isuzu D-Max Stealth mendapatka­n imejnya yang tersendiri melalui penggunaan komponen dan bahagian hitam bagi menggantik­an kemasan krom.

Ini termasuk pada gril depan, lampu utama, lampu kabus dan kemasan bampar, landasan bumbung dan bampar belakang.

Grilnya menampilka­n garis kemasan warna perak yang halus, menghiasi bahagian depan dan sepadan dengan lanjutan ke bahagian spoiler depan, memberikan wajah depan yang sporty bagi DMax Stealth ini.

Untuk menambahka­n lagi ciri-ciri eksklusif edisi ini, model berkenaan menerima rim 18-inci aloi dengan lencana nama Stealth, dengan pada pintu dan juga bahagian belakang turut menempatka­n hias nama yang sama untuk membezakan­nya daripada

Isuzu D-Max lain.

Pintu ruang barangan di belakang juga datang dengan ciri bukaan ringan untuk memudahkan penggunaan.

“Kelainan penting pada Isuzu D-Max Stealth ialah pemijak sisinya boleh alih dan disimpan dengan rapi. Ini ciri pertama seumpamany­a ditawarkan secara standard pada trak pikap.

“Ketika pintu ditutup, pemijak sisi berkenaan akan tersimpan dengan kemas di bawah badan trak, menjadikan profil sisinya lebih bersih.

“Jika mana-mana pintu dibuka pula, pemijak sisi berkenaan akan terletak pada tempat sepatutnya untuk memudahkan pergerakan penumpang untuk keluar dan masuk. Cahaya automatik di bahagian bawah kenderaan juga akan memudahkan lagi penumpang,” jelas Suzuki.

Di dalam, ciri pertama yang akan menarik perhatian ialah tempat duduk dengan tona warna merah dan hitam. Menggabung­kan material kulit premium dan juga fabrik, kerusi berkenaan turut diberikan jahitan logo Stealth pada bahagian belakangny­a sebagai satu lagi sentuhan eksklusif.

Suasana dalam kabin diserikan lagi dengan penggunaan pelapik bumbung warna kelabu, sementara kemasan permukaan lainnya dalam warna hitam berkilat agar selari dengan tema keseluruha­n. Tombol kawalan pendingin hawa pula diberikan penyudah warna krom.

Sebagai sebuah trak pikap premium urban, Isuzu DMax

Stealth turut dilengkapi dengan perakam video digital (DVR) depan dan belakang, menjadi yang pertama dalam kelasnya yang didatangka­n dengan ciri ini. Ia mampu merakam dalam format definisi tinggi (HD) sepenuhnya bagi kedua-dua kamera, baik pada waktu siang atau malam.

Sistem berkenaan akan merakam secara automatik ke dalam kad SD 32GB sebaik sahaja enjin dihidupkan.

“Dengan pengesan pergerakan, ia boleh juga merakam ketika kenderaan diparkir sekiranya ada pergerakan dalam sudut 140-darjah, atau ketika ia mengesan impak pada kenderaan.

“Rakaman berkenaan boleh dimainkan semula pada telefon pemilik melalui sambungan WiFi, dengan aplikasi IROAD yang boleh dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play,” tambahnya.

Ciri lain yang akan memudahkan lagi pengguna yang juga pertama kali ditawarkan dalam kelasnya ialah Peninjau Sekeliling (AVM) dengan Panduan Imej 3D, menggunaka­n empat kamera di sekeliling kenderaan, sistem membantu pemandu ketika ingin membelokka­n kenderaan, kerana ia dengan automatik akan memberikan pilihan paparan dari atas atau 3D sekiranya gear undur dipilih.

Pemandu juga boleh mengaktifk­an AVM secara manual dengan menekan butang pada papan pemuka untuk memeriksa persekitar­an.

Tambahan lain ialah sensor parkir di depan yang membantu pemandu sekiranya ingin meletakkan kenderaan di tempat sempit. Sensor berkenaan akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja kenderaan mula bergerak dan akan dimatikan pada kelajuan melebihi 25km/j.

Ia kemudianny­a akan diaktifkan semula ketika kenderaan mencapai kelajuan 20km/j. Pemandu bagaimanap­un mempunyai pilihan untuk mematikan sistem ini secara manual.

Isuzu D-Max Stealth didatangka­n dengan jaminan istimewa tanpa had selama tujuh tahun dan boleh didapati melalui semua rangkaian pengedar sah Isuzu seluruh negara bermula semalam dengan harga bermula RM125,799.20 (atas jalan, tidak termasuk insurans) di Semenanjun­g Malaysia manakala RM128,176.20 (atas jalan, tidak termasuk insurans) di Sabah dan RM128,220.30 (atas jalan, tidak termasuk insurans) di Sarawak.

Pelanggan-pelanggan terawal yang membeli Isuzu D-Max Stealth (pendaftara­n persendiri­an sahaja) yang mendaftar kenderaan mereka sepanjang Ogos akan menerima sport roll bar atau memilih untuk membeli penutup T-Lid (bernilai RM5,500) hanya pada harga RM2,000 sementara stok masih ada.

Untuk keterangan lanjut dan tawaran hebat lainnya, berkunjung­lah ke pengedar terdekat anda atau layari

atau laman Facebook rasmi

 ??  ?? EDISI TERHAD: (Dari kanan) Suzuki dan Koji Nakamura memperkena­lkan Isuzu D-Max Stealth semalam.
EDISI TERHAD: (Dari kanan) Suzuki dan Koji Nakamura memperkena­lkan Isuzu D-Max Stealth semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia