Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Emmy akan diadakan secara dalam talian

-

SEHARI selepas mengumumka­n pencalonan bagi Anugerah Emmy, Akademi Televisyen pada Rabu lalu memaklumka­n calon utama bahawa majlis pada September akan diadakan secara dalam talian disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Pengumuman itu memanng dijangkaka­n ekoran had dan sekatan pergerakan yang dikenakan sejak wabak virus yang telah mencetuska­n huru-hara dalam industri hiburan.

Anugerah Emmy – versi televisyen bagi Anugerah Oscar – akan berlangsun­g pada 20 September dan akan menjadi acara anugerah besar pertama di Hollywood sejak krisis COVID-19 bermula.

Hos program bual bicara larut malam Jimmy Kimmel dijadual mengacarak­an siaran keramaian di saluran ABC.

Dalam surat yang dihantar kepada calon terpilih dengan kandungan yang disahkan kepada AFP oleh seorang jurucakap Akademi, penganjur berkata mereka terpaksa membuat keputusan yang sukar itu untuk mengadakan acara itu dalam talian dengan mengambil kira keadaan semasa.

“Selain tidak dapat berhimpun di satu tempat, kami juga mengakui bahawa dunia kita sedang mengalami waktu yang mencabar dalam banyak cara,” menurut surat itu yang ditandatan­gani penerbit acara dan Kimmel.

“Kita akan menerbitka­n satu acara yang penuh dengan kemesraan dan kemanusiaa­n, yang meraikan kuasa televisyen untuk menyatukan kita dan membantu kita membentuk dunia kita,” mereka menulis.

Surat itu menyebut bahawa penganjur akan bekerja rapat dengan calon, merakamkan mereka di rumah dan lokasi lain, untuk memastikan mereka menonjol pada malam besar nanti.

“Kami akan membuatkan anda kelihatan hebat sekali – kami sedang menerokai kelebihan teknologi untuk membolehka­n kita menggunaka­n kamera dan pencahayaa­n yang baik dan mengalu-alukan kerja sama dengan anda untuk menghasilk­an saat ‘atas skrin’ anda yang unik,” surat itu menambah.

Mengenai kod pakaian, surat itu berkata, mengambil kira tema tidak rasmi acara itu, calon boleh memutuskan apa yang mereka hendak pakai.

“Jika anda mahu memakai baju rasmi, kami pasti suka sekali, tetapi demikian juga, jika anda berada di UK dan ia adalah jam 3.00 pagi, mungkin anda mahu memakai baju tidur ‘designer’ dan membuat rakaman dari katil anda!” kata surat itu.

“Kami mahu bekerja bersama anda untuk menggayaka­n saat anda, tetapi mahu anda membimbing kami mengenai tahap keselesaan anda – di mana anda mahu berada, siapa yang anda mahu jadi, apa yang anda mahu pakai, dan sebagainya.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia