Utusan Borneo (Sabah)

Dua tekong bersama enam pendatang haram ditahan

-

KOTA BHARU: Dua tekong darat bersama enam pendatang haram berjaya ditangkap sepasukan anggota Strike Force Pasukan Gerakan Am Batalion 9 (PGA9) di Kampung Tok Bilal dekat Machang, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, pergerakan kumpulan itu dikesan pada jam 6 pagi ketika anggota Strike Force Kompeni A PGA9 menjalanka­n rondaan Ops Benteng COVID-19 menggunaka­n dua buah kenderaan pacuan empat roda di kawasan Bukit Tandak dekat Rantau Panjang, Pasir Mas.

Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata kegiatan itu dikesan selepas anggota PGA9 melihat sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi

Pajero dalam keadaan mencurigak­an menghala ke Tanah Merah.

Beliau berkata anggotanya kemudian bertindak mengekori kenderaan disyaki sejauh 20 kilometer (km) sebelum bertindak mengarahka­n pemandu memberhent­ikan kenderaan untuk pemeriksaa­n, namun pemandu itu bertindak memecut laju sebelum memberhent­ikan kenderaan di bahu jalan di Kampung Tok Bilal, Machang.

Bagaimanap­un, beliau berkata anggota Strike Force berjaya menahan suspek setelah berlaku pergelutan dan pemeriksaa­n lanjut menemukan empat penumpang perempuan dan dua lelaki warga Myanmar berusia antara 20 hingga 30 di dalam kenderaan berkenaan, dengan kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Katanya, kesemua yang ditangkap bersama kenderaan kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing ke atas dua tekong darat warga tempatan berusia 30an itu didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26(J) Akta Antipemer dagangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen1­959/63 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia