Utusan Borneo (Sabah)

Penipuan jenayah komersial di Perak rekod kerugian lebih RM23 juta

-

IPOH: Kes penipuan jenayah komersial di Perak merekodkan kerugian berjumlah RM23.3 juta sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini melibatkan sebanyak 1,131 kes.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata jumlah itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 13 kes berbanding tempoh sama tahun lepas dan antaranya membabitka­n penipuan dalam talian, pinjaman tidak wujud serta ‘Love Scam’ atau penyelewen­gan urusan jual beli.

Beliau berkata kes jenayah komersial meningkat berkemungk­inan disebabkan orang ramai berada di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an pada 18 Mac lepas dan mendorong mereka menggunaka­n media sosial untuk pelbagai urusan.

“Ini menyebabka­n margin peningkata­n kes jenayah komersial mencatatka­n peningkata­n berbanding lainlain kes jenayah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, semalam.

Terdahulu, Goh dalam ucapannya berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri turut mempergiat usaha membanters penyalahgu­naan dadah walaupun negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, antara operasi yang dijalankan adalah ‘Ops Sarang Khas Selama’ pada Jun dan Julai lepas dengan kejayaan tangkapan 94 orang serta ‘Ops Sarang Khas Mega’ pada 6 Julai yang membawa kepada penangkapa­n sebanyak 211 orang atas pelbagai kesalahan.

“Bagi mencapai matlamat mengurangk­an permintaan dan bekalan dadah, JSJN negeri akan terus meningkatk­an operasi di seluruh negeri melalui operasi bersepadu membabitka­n semua jabatan di kontinjen dan daerah pada setiap bulan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia