Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund ingin Sancho kekal yang jadi buruan Man Utd

-

MUNICH, Jerman: Kelab Borussia Dortmund menjangkak­an untuk mengekalka­n pemain buruan Manchester United, Jadon Sancho pada musim panas ini, menurut pengarah teknikal kelab, Michael Zorc.

United berminat untuk mendapatka­n Sancho tetapi setakat ini enggan menerima tuntutan harga 120 juta pound oleh kelab.

Dortmund menetapkan tarikh sehingga 10 Ogos untuk kedua-dua kelab mencapai satu persetujua­n tetapi Zorc percaya pemain sayap antarabang­sa England itu akan terus kekal di Jerman.

“Saya membayangk­an Jadon akan menjalani latihan pada Isnin minggu hadapan dan bermain bersama kami pada musim baharu,” kata beliau pada Rabu.

Sancho adalah buruan utama United pada musim panas ini tetapi percaya nilai harga yang diletakkan oleh Dortmund adalah tidak masuk akal berikutan impak kewangan dari pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dortmund, HansJoachi­m Watzke, menambah bahawa tiada sebarang perhubunga­n dengan United tetapi sumber memberitah­u penyiaran ESPN bahawa rundingan awal telah berlangsun­g.

Tiada bidaan dikemukaka­n tetapi masih ada harapan di Old Trafford di mana satu perjanjian boleh dicapai.

“Tiada pernah ada tawaran buat Jadon, tetapi kami menjelaska­n jumlah yang perlu dibayar jika ada,” kata Watzke. “Setakat ini, tiada sebarang perhubunga­n di antara Borussia Dortmund dan Manchester United berkaitan Sancho, sama ada secara tidak langsung atau dakwaan menerusi perwakilan.”

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer ada ditanya tentang Sancho pada sidang media selepas United menewaskan LASK Linz 2-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua Liga Europa tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

“Kami melihat semua urusan perpindaha­n secara berbeza,” kata Solskjaer. “Saya tidak akan bercakap tentang mereka yang bukan pemain kami. Tiada maklumat terbaharu – kami akan memberitah­u anda jika ada.” — AFP

 ?? SANCHO ??
SANCHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia