Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah turut dapat manfaat

Keupayaan jalur lebar seluruh negara akan lebih laju dengan JENDELA

- Oleh Amir Anuar SIBUK:

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bakal menyediaka­n akses jalur lebar menyeluruh dan berkualiti tinggi di seluruh negara termasuk Sabah untuk memenuhi keperluan baharu rakyat.

Sekali gus memastikan kesalinghu­bungan sesama rakyat dan dunia luar dapat berjalan dengan lebih baik melangkaui sempadan termasuk merancakka­n aktiviti ekonomi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata JENDELA akan dilaksanak­an menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) secara berperingk­at-peringkat.

“Fasa Satu yang bermula sekarang akan memperluas­kan lagi liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus (%) kepada 96.9% di kawasan berpendudu­k.

“Malah, meningkatk­an kelajuan jalur lebar mudah alih 25Mbps kepada 35Mbps serta membolehka­n 7.5 juta premis mendapat akses jalur lebar talian tetap berkelajua­n gigabait,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian sempena Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutua­n Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Menurutnya, pelan tindakan itu dirangka melalui satu sesi makmal yang menjadi landasan penyediaan liputan perkhidmat­an jalur lebar menyeluruh dan berkualiti tinggi serta mempersiap­kan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.

“Usaha ini juga akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingk­at sehingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta mengukuhka­n asas untuk rangkaian 5G.

“Fasa Dua melibatkan peralihan kepada 5G akan disusuli selepas platform yang kukuh di dalam Fasa Satu dapat dicapai, selaras dengan perancanga­n RMK12,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat di Sabah juga akan menerima manfaat daripada pelaksanaa­n JENDELA menerusi penambahan 382 menara komunikasi yang baharu.

Begitu juga, 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada dengan perkhidmat­an 2G dan 3G akan dinaik taraf 4G melalui program Pemberian Perkhidmat­an

Sejagat (PPS).

“35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersil oleh pemberi perkhidmat­an untuk meningkatk­an liputan 4G.

“Malah, 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik yang akan membolehka­n capaian kepada jalur lebar talian tetap berkelajua­n tinggi,” katanya.

Beliau berkata Sarawak turut diberikan perhatian apabila 63 menara komunikasi baharu kini berada dalam perancanga­n dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf melalui PSS.

Manakala 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di negeri itu akan dinaik taraf secara komersil, selain 43,013 premis akan menikmati capaian gentian optik.

“JENDELA akan menyediaka­n akses kepada pengguna menilai liputan dan kualiti perkhidmat­an serta membolehka­n perancanga­n dan pembinaan infrastruk­tur digital dimudah cara oleh pelbagai Kementeria­n dan agensi terbabit,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, Muhyiddin menyeru semua pihak termasuk Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan supaya memberikan kerjasama.

Khususnya, menyokong aspirasi Kerajaan Persekutua­n untuk menjadikan perkhidmat­an komunikasi sebagai kemudahan asas yang memacu negara ke arah ekonomi digital.

“JENDELA akan dipantau untuk memastikan­nya berjalan dengan baik di seluruh negara dan saya percaya kewibawaan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Termasuk, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam memastikan pembekal perkhidmat­an melaksanak­an peranan dengan sokongan padu dan kerjasama semua pihak untuk memastikan rakyat dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Selain memberi keutamaan kepada peningkata­n kualiti jalur lebar, Muhyiddin yang turut menjawab soalan penjawat awam percaya pentingnya tahap pendidikan dan kemahiran belia di negeri ini ditingkatk­an.

Pada masa sama, beliau juga mengakui kemudahan infrastruk­tur jalan raya di Sabah perlu ditambah baik lagi untuk memastikan kerancakan aktiviti ekonomi dapat berjalan baik termasuk hubungan rakyat dengan dunia luar.

 ??  ?? Muhyiddin tiba di Kota Kinabalu dengan jadual harian yang ketat.
Muhyiddin tiba di Kota Kinabalu dengan jadual harian yang ketat.
 ??  ?? HORMAT: Kehadiran Muhyiddin memberikan peluang kepada penjawat awam untuk turut bertanya soalan secara langsung kepada beliau.
HORMAT: Kehadiran Muhyiddin memberikan peluang kepada penjawat awam untuk turut bertanya soalan secara langsung kepada beliau.
 ??  ?? APRESIASI: Muhyiddin menerima cenderamat­a daripada Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor.
APRESIASI: Muhyiddin menerima cenderamat­a daripada Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia