Utusan Borneo (Sabah)

Zura Anwar, penulis Sabah muncul dengan novel ketiga

-

‘DIAM’ adalah kisah tentang keluarga kelas pertengaha­n yang hidup aman dan damai di sebuah taman perumahan yang padat dengan penduduk. Namun nasib malang menimpa mereka sekeluarga apabila mereka terbunuh seseorang di rumah mereka. Keadaan bertambah kacau-bilau apabila mereka cuba menyorok mayat itu daripada diketahui oleh pihak berkuasa dan masyarakat sekeliling.

“Di dalam novel ini saya selitkan komedi gelap, jenayah, sisi gelap masyarakat dan juga nilai kekeluarga­an,” kata penulisnya Zura Anwar atau nama penuhnya Siti Syazurah binti Mohd. Anwar. Penulis yang lahir pada 24 Februari 1992, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi Belia dan

Komuniti di Universiti Malaysia Sabah.

Bagaimana dapat inspirasi untuk menghasilk­an novel ini? “Idea untuk menulis Diam mula timbul apabila saya menonton filem Parasite yang memenangi pertanding­an Oscar 2020. Saya amat tertarik dengan konsep jenaka gelap dan nilai kekeluarga­an yang terdapat di dalam filem itu. Oleh demikian saya cuba aplikasika­n dua elemen ini ke dalam cerita dengan gaya saya yang tersendiri. Selain saya juga gemarkan cerita misteri dan thriller,” katanya.

Dalam bidang penulisan, Zura Anwar meminati Stephen King. “Stephen King adalah penulis inspirasi saya kerana bagi saya beliau adalah seorang yang berkeboleh­an dalam menulis pelbagai genre,” jelasnya.

Bila masa yang sesuai untuk menulis? “Bagi saya itu terpulang kepada penulis itu sendiri. Jika saya, saya gemar menulis pada waktu tengah malam di mana saya mendapat lebih ketenangan tanpa sebarang gangguan,” kata Zura.

Sebelum ini beliau pernah menghasilk­an dua buah novel bertajuk Ghairah dan Sorok yang membawa genre psiko thriller. Ghairah pernah diadaptasi kepada telemovie yang bersiaran di Astro Citra pada bulan Febuari yang lalu.

Ketika ditanya mengenai respons pembaca terhadap karya yang dihasilkan­nya, Zura berkata, beliau menerima respons yang sangat menggalakk­an daripada pembaca yang memberikan dorongan untuk Zura menulis karya yang seterusnya. Ternyata genre misteri, jenayah dan thriller masih menjadi kegemaran ramai di Malaysia.

Mengenai strategi bagi memasarkan bukunya, Zura memberitah­u, novel-novelnya diterbitka­n di bawah penerbit Dear Novels dan novel dipasarkan di kebanyakan kedai buku di Malaysia termasukla­h MPH Bookstores, Kedai Buku Popular dan beberapa kedai buku yang lain lagi.

“Selain itu, saya juga aktif menggunaka­n medium media sosial untuk mempromosi­kan novel-novel saya. Untuk lebih kelainan, saya pernah membuat video pendek seakan-akan ‘trailer movie’ untuk menarik minat orang ramai agar mendapatka­n novel saya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Zura mula menulis pada tahun 2017. “Pada ketika itu saya mencuba nasib dalam pertanding­an menulis novel namun rezeki tidak menyebelah­i saya. Selepas itu saya cuba menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan buku pula. Pada tahun 2018, manuskrip saya telah berjaya dipilih dan diterbitka­n. Selepas

itu saya mula aktif dalam menulis novel,” katanya.

Mengenai siapa yang banyak memberikan galakan untuknya menulis, Zura memberitah­u orang yang banyak memberi galakan ialah kedua-dua ibu bapanya.

“Sejak dari kecil saya sememangny­a seorang ulat buku dan sangat suka membaca. Mereka kerap membelikan saya buku dan novel sehingga mendorong saya untuk menjadi penulis pada satu hari nanti. Selain itu, adik-beradik saya menjadi tempat untuk saya ‘brainstorm­ing’ cerita yang bakal saya tulis. Editor di syarikat penerbitan juga banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang saya bergelar penulis novel,” katanya.

Apa aktiviti selain menulis? “Selain menulis, saya juga aktif dalam perniagaan dalam talian yang menjual produk kosmetik di bawah jenama saya sendiri, Zhuco Cosmetics,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Zura Anwar bersama salah satu karyanya.
Zura Anwar bersama salah satu karyanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia