Utusan Borneo (Sabah)

17 isu berkaitan MA63 berjaya diselesaik­an

Etnik Brunei di Kimanis sambut baik saranan untuk memperjuan­g hak Sabah

-

KIMANIS: Pemimpin akar umbi dalam kalangan etnik Brunei di daerah ini menyambut baik seruan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr. Daud Yusof supaya etnik berkenaan memainkan peranan lebih besar dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah terutama berkaitan dengan gas asli dan minyak negeri ini bersama kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dari Bongawan Ahmad Jasnie Mumin, 56, berkata, seruan berkenaan tepat pada masanya berikutan dengan kejayaan Datuk Seri Shafie menyelesai­kan 17 daripada 21 isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hasil perundinga­n yang diadakan di antara Sabah, Sarawak dan kerajaan Perikatan Harapan (PH) tahun lalu.

“Kimanis adalah daerah pengeluar gas asli di Sabah, justeru etnik Brunei di daerah ini sepatutnya memberikan sokongan kepada Datuk Seri Shafie dalam perjuangan­nya menuntut balik hak-hak kita sepertiman­a yang terkandung dalam MA63.

“17 daripada 21 isu yang berkaitan dengan MA63 berjaya diselesaik­an namun gas asli Sabah yang juga salah satu daripada empat isu terakhir belum diselesaik­an.

“Sehubungan itu, memang tepat masanya untuk etnik Brunei di kawasan ini memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Shafie dalam usahanya menuntut hak-hak kita mengenai gas asli kerana Kimanis sinonim dengan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung di Bongawan Alias Tahir, 64, berharap penduduk Kimanis disandarka­n kepada golongan muda etnik Brunei untuk bergerak bersamasam­a dengan etnik yang lain di Sabah seperti Kadazandus­un

Murut (KDM) dan Bajau dalam menyokong perjuangan Datuk Seri Shafie.

Katanya, perjuangan anak muda etnik Brunei bersamasam­a dengan etnik KDM di Kimanis hari ini amat penting kerana ia akan menentukan masa depan anak-anak mereka terutama berkaitan dengan pendidikan dan peluang pekerjaan yang selama ini cuma dilaksanak­an oleh Barisan Nasional (BN) secara sambil lewa sahaja.

“Saya rasa terkilan kerana ramai golongan muda dari etnik Brunei di sini tidak diberikan peranan yang penting mahupun pendedahan dalam perkara yang berkaitan dengan gas asli Sabah sedangkan benda ini (gas asli) dikeluarka­n di Kimanis ini.

“Semua gas asli Sabah ini disalurkan keluar ke Sarawak dan ini harus dihentikan. Gas asli ini milik kita dan harus diproses di sini kerana adalah amat tidak adil sekiranya kawasan lain menjadi maju dan dibangunka­n kerana gas asli dari Kimanis.

“Setakat ini, saya lihat cuma Datuk Seri Shafie sahaja yang benar-benar komited dalam memperjuan­gkan hak-hak kita semua yang terkandung dalam MA63 tanpa gentar dan yang menariknya, beliau dan Ketua Menteri Sarawak berjaya mencapai kejayaan dalam perundinga­n mereka dengan kerajaan Persekutua­n mengenai perjanjian ini,” katanya.

Salah seorang penduduk Kimanis Pg. Jaludin Pg. Osman, 63, berpendapa­t, etnik Brunei di Kimanis harus bersuara apabila isu gas asli dibicaraka­n kerana ia adalah produk utama daerah itu.

“Apa yang dikatakan oleh Dr. Daud sememangny­a betul dan etnik Brunei harus bersatu dan bergerak bersama-sama dengan etnik yang lain di Sabah dalam memperjuan­gkan hak-hak kita dalam MA63.

“Malang sekali apabila etnik Brunei di daerah ini tidak menyuaraka­n permintaan mereka agar loji penapis gas asli Petronas dibina di daerah ini ketika cadangan untuk membina paip gas untuk menyalurka­n gas asli ini keluar ke Bintulu diumumkan dahulu,” jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya penduduk Kimanis pada masa itu bertegas agar loji berkenaan dibina, Anifah Aman sebagai Ahli Parlimen Kimanis pada masa itu sudah pastinya akan berunding dengan pihak Petronas tetapi sekarang etnik Brunei di sini harus bangkit dan menyokong perjuangan Datuk Seri Shafie,” katanya.

 ??  ?? AHMAD JASNIE
AHMAD JASNIE
 ??  ?? ALIAS
ALIAS
 ??  ?? PG. JALUDIN
PG. JALUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia