Utusan Borneo (Sabah)

Isu penggunaan satu logo PRN Sabah bukan keutamaan

-

TAWAU: Isu penggunaan satu logo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang bukan menjadi keutamaan kerana perkara yang paling penting ialah wujudnya kerjasama jitu antara semua komponen Perikatan Nasional (PN) di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata melihat rekod prestasi kerjasama antara semua komponen PN dalam siri Pilihan Raya Kecil sebelum ini sangat memberangs­angkan.

“Kerjasama itu sudah berjaya membentuk satu permuafaka­tan yang terbaik dan diterima rakyat sehingga memenangi banyak kerusi dalam PRK yang sudah diadakan.

“Sebenarnya penggunaan satu logo lebih menyenangk­an untuk Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyampaik­an mesej perjuangan kepada rakyat dan isu itu bukan melibatkan parti kita sahaja tetapi untuk semua parti dalam komponen PN,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program penyampaia­n bantuan Musaadah bagi asnaf Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, di sini semalam.

Beliau yang merupakan EXCO Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, PRN Sabah kali ini, PAS sudah bersedia meletakkan calon di tempat-tempat yang dirasakan berpotensi boleh menang berdasarka­n gerak kerja yang dibuat sebelum ini.

“Semua calon PAS yang dipilih mempunyai merit, wibawa dan yang paling penting diterima penduduk setempat supaya sekiranya menang mereka boleh berperanan dalam menjaga hal ehwal masyarakat di kawasan tersebut.

“PAS sudah menyasarka­n beberapa kerusi tetapi belum dimuktamad­kan oleh komponen kita dan dalam tempoh terdekat ini satu mesyuarat penyelaras­an akhir akan diadakan supaya tidak berlakunya pertembung­an sesama sendiri,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia