Utusan Borneo (Sabah)

PPM Tawau tahan 13 PTI baru masuk dari negara jiran

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan 13 Pendatang Tanpa Izin (PTI) termasuk tiga kanak-kanak dalam operasi Ops Gelora Khas di Kampung Hidayat Batu 4 Tawau, di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pasukan PPM mengadakan serbuan di kawasan persembuny­ian di sebuah kebun ubi susulan maklumat dan risikan berkaitan kemasukan PTI di kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Polis Mohd Nazari Ismail berkata kesemua PTI yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan tiga perempuan berumur 7 hingga 58 tahun dipercayai baru tiba dari negara jiran.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki masuk ke negara ini melalui laluan tikus.

“Kesemua suspek terbabit kemudianny­a ditahan dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaa­n serta tindakan selanjutny­a,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.

“Pihak PPM mengucapka­n terima kasih atas maklumat yang disalurkan sehingga kesemua suspek yang cuba menyeludup masuk ke negara ini berjaya ditangkap.

“Masyarakat boleh menyalurka­n maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di nombor 0132831197 dan semua maklumat akan dipanjangk­an kepada pegawai dan anggota yang sedang bertugas di lapangan untuk tindakan segera,” katanya

 ??  ?? SERBUAN: Kesemua PTI terbabit ditahan dalam satu siri serbuan di Kampung Hidayat Batu 4, di Tawau.
SERBUAN: Kesemua PTI terbabit ditahan dalam satu siri serbuan di Kampung Hidayat Batu 4, di Tawau.
 ??  ?? TANGKAPAN: Kesemua PTI terbabit dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutny­a.
TANGKAPAN: Kesemua PTI terbabit dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia