Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja landskap maut, rakan parah dirempuh pacuan empat roda

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Seorang wanita maut, manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh berhampira­n Perpustaka­an Jalan Leila, pagi semalam.

Mangsa yang maut, Hairana Ahirin, 39, pekerja landskap hiasan jalan MPS meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian jam 8 pagi itu.

Rakannya, Aidah Amirul, 30, mengalami kecederaan parah akibat dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu bergerak di lorong kanan dari arah Pusat Bandar Sandakan menuju ke Batu Sapi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa serta rakannya yang sedang bekerja ketika itu,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent untuk rawatan lanjut.

“Manakala mayat mangsa dihantar oleh pihak polis ke hospital yang sama untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Azhar berkata pemandu kereta pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan kemudianny­a ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemandu kereta pacuan empat roda itu diambil sampel darahnya untuk diuji kandungan alkohol dalam darah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menjalanka­n siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Mohd Azhar meminta orang awam yang melihat bagaimana kejadian sebenar berlaku tampil ke Balai Polis berhampira­n untuk membantu siasatan.

 ??  ?? MAUT: Mangsa dan rakannya yang cedera parah terbaring di lokasi kejadian selepas dirempuh pacuan empat roda.
MAUT: Mangsa dan rakannya yang cedera parah terbaring di lokasi kejadian selepas dirempuh pacuan empat roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia