Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen Sandakan buat laporan polis mengenai berita palsu projek pembanguna­n ditularkan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee membuat laporan polis berhubung berita palsu mengenai projek pembanguna­n di Parlimen Sandakan yang ditularkan di media sosial.

Vivian berkata berita palsu itu mula ditularkan di laman Facebook pada 27 Ogos lepas mengenai peruntukan pembanguna­n yang diluluskan oleh mantan menteri kewangan Lim Guan Eng untuk Parlimen Sandakan.

“Berita tular itu mengatakan daerah Sandakan mendapat lima projek bernilai RM10 juta melalui rundingan terus dari Lim Guan Eng, waktu menjadi menteri kewangan,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat Parlimen Sandakan, petang kelmarin.

Beliau menafikan peruntukan projek itu adalah rundingan terus sedangkan dia mengemukak­an permohonan kepada Guan Eng.

Vivian berkata selepas permohonan pembanguna­n yang dimohonnya mendapat kelulusan disalurkan kepada pihak Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum tander terbuka dijalankan.

“Saya tegaskan semua projek yang diluluskan adalah melalui permohonan bertulis (surat permohonan) kepada Lim Guan Eng pada ketika itu berdasarka­n keperluan rakyat seperti jambatan SimSim yang telah usang dan memperbesa­rkan laluan jalan di St. Monica yang perlu dijalankan,” katanya. Beliau berkata semua peruntukan itu bukan disalurkan kepadanya berdasarka­n rundingan terus untuk tentukan kontraktor tetapi disalurkan kepada pihak MPS dan JKR untuk tender terbuka.

“Penyebaran berita palsu ini telah menimbulka­n persepsi negatif masyarakat terhadap saya, Lim Guan Eng dan parti DAP. Imej saya, Lim Guan Eng dan parti DAP juga terjejas,” tegasnya.

Vivian memberitah­u laporan polis telah dibuat dan akan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalanka­n siasatan terhadap akaun-akaun Facebook yang menyebarka­n berita palsu berkenaan.

“Saya tidak mengetahui berapa juga akaun Facebook yang tularkan berita itu, tetapi saya nak bagi tahu ia terdiri daripada pihak individu politik,” katanya.

Ditanya apa tindakan akan diambil, beliau menjelaska­n biar pihak polis jalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini.

Beliau berkata pihaknya mahu berita-berita palsu seperti ini dihentikan yang mencalar imej dan menjejaska­n prestasiny­a, mantan menteri kewangan dan parti DAP apatah lagi masa ini kita berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Vivian memberitah­u projek itu dimohon dan diluluskan pada tahun lepas pembentang­an bajet tetapi tertangguh tahun ini ekoran COVID-19.

“Projek-projek yang dimohon itu belum pun berjalan, saya sendiri pun tidak tahu dari mana pihak tertentu ini mendapat senarai projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata projekproj­ek yang dimohon itu tidak perlu diumumkan kerana ini mohon sendiri berdasarka­n keperluan dan kepentinga­n rakyat yang mana disalurkan kepada MPS dan JKR untuk proses tander terbuka.

Vivian berharap kepada masyarakat Sandakan agar tidak mudah terpengaru­h dengan berita-berita palsu seperti ini.

 ??  ?? LAPORAN POLIS: Vivian menunjukka­n kertas laporan polis.
LAPORAN POLIS: Vivian menunjukka­n kertas laporan polis.
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Vivian menunjukka­n salinan berita palsu di laman Facebook sambil diperhatik­an oleh Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung (kanan).
SIDANG MEDIA: Vivian menunjukka­n salinan berita palsu di laman Facebook sambil diperhatik­an oleh Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia