Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Persekutua­n lulus peruntukan RM30 juta bina Mahkamah Syariah di Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan Persekutua­n sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pembanguna­n binaan baharu Kompleks Mahkamah Syariah di daerah Tawau yang akan dibangunka­n dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata pembinaan itu merupakan termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang sepatutnya sudah dilaksanak­an ketika ini.

“Namun ia agak lewat daripada tarikh asalnya kerana menunggu status tanah untuk digazetkan sebelum ini dan projek yang akan bermula awal tahun hadapan itu dijangka siap pertengaha­n tahun 2022.

“Pihak kementeria­n melihat kapasiti kes yang melibatkan Mahkamah Syariah di daerah ini sangat tinggi iaitu kedua tertinggi selepas Kota Kinabalu dan sudah pasti memerlukan satu bangunan sendiri supaya badan itu berfungsi dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam program penyampaia­n bantuan Musaadah bagi asnaf Kampung Bergosong, Pulau Sebatik, di sini semalam.

Mengulas lanjut, kunjungann­ya ke Tawau merupakan siri lawatan kerja tiga hari dan salah satunya lawatan ke tapak Kompleks Mahkamah Syariah Tawau.

Beliau berkata, antara program lain termasukla­h merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan

Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) daerah Tawau, Penyampaia­n bantuan Musaadah COVID-19 di Kampung Bergosong dan merasmikan Majlis Multaqa’ Murabbi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Selain itu, lawatan ini juga turut menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Lorong Habib Abdul Rahman dan Pusat Asuhan Tunas Islam di Jalan Tengku Osman,” katanya.

Menurutnya, lawatan ini memberi peluang mengeratka­n lagi hubungan Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan agensi Hal Ehwal Agama yang beroperasi di negeri Sabah khususnya di daerah Tawau.

“Pihak kementeria­n juga mengharapk­an melalui siri lawatan ini dapat meneroka ruang kerjasama strategik yang bakal memberi manfaat besar kepada umat Islam di Sabah,” katanya.

 ??  ?? CEMERLANG: Ahmad Marzuk bergambar bersama guru KAFA dan pelajar cemerlang di Kampung Bergosong.
CEMERLANG: Ahmad Marzuk bergambar bersama guru KAFA dan pelajar cemerlang di Kampung Bergosong.
 ??  ?? BANTUAN: Ahmad Marzuk menyampaik­an bantuan Musaadah COVID-19 kepada penduduk Kampung Bergosong yang layak.
BANTUAN: Ahmad Marzuk menyampaik­an bantuan Musaadah COVID-19 kepada penduduk Kampung Bergosong yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia