Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin luluskan peruntukan RM10 juta untuk uniform tambahan RELA Sabah

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan penambahan set uniform bagi anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Negeri Sabah bernilai RM10 juta.

Beliau yang hadir diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, mengumumka­n perkara itu ketika ucapannya dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah di sini semalam.

Katanya, permintaan berkenaan disampaika­n kepadanya melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Hamzah Zainuddin, yang turut hadir dalam majlis itu.

Sehingga hari ini, jumlah keanggotaa­n RELA Sabah adalah berjumlah 298,561 orang.

Muhyidin berkata seluruh keanggotaa­n RELA mempunyai peranan tersendiri yang penting dalam membantu kerajaan; baik dari aspek menjaga keselamata­n awam, pengagihan bantuan dan makanan, sehinggala­h usaha mendisipli­n masyarakat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan terutamany­a dalam membantu pihak berkuasa menangani wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Beliau juga berkata, anggota RELA yang dekat dengan masyarakat dan sebagai barisan ketiga pertahanan negara juga telah memainkan peranan yang penting dalam membendung isu pendatang tanpa izin.

Walaupun negara ketika ini secara relatifnya berada dalam keadaan yang aman,

Muhyiddin berkata langkahlan­gkah keselamata­n seperti Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) masih diteruskan­nagar tidak ada pihak yang boleh mengancam keselamata­n negeri ini.

Dalam kehangatan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ serta suasana pilihan raya negeri yang mendatang, beliau mengingatk­an untuk memberikan penekanan kepada pelaksanaa­n CAPP iaitu Cegah, Amal, Patuh dan Pantau kepada seluruh rakyat sepanjang pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berlangsun­g sehingga 31 Disember depan.

Majlis perjumpaan berkenaan dihadiri oleh 1,500 orang anggota RELA Negeri Sabah dan Sijil Penghargaa­n

Petugas Barisan Hadapan telah disampaika­n oleh Perdana Menteri telah bagi menghargai pengorbana­n dan peranan cemerlang anggota RELA sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik COVID-19.

Turut hadir dalam majlis ialah Timbalan Menteri II, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Malaysia, Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Naib Canselor UMS, Prof. ChM Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pemangku Ketua Pengarah RELA Kamarudin Mohd Rapig dan Pengarah RELA Sabah Mohammad Fauzi Jumat.

 ??  ?? TIBA DI SABAH: Muhyiddin tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu di Kota Kinabalu kira-kira jam 11.36 pagi semalam.
TIBA DI SABAH: Muhyiddin tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu di Kota Kinabalu kira-kira jam 11.36 pagi semalam.
 ??  ?? PERIKSA: Muhyiddin memeriksa perbarisan anggota RELA sebelum menyempurn­akan majlis semalam.
PERIKSA: Muhyiddin memeriksa perbarisan anggota RELA sebelum menyempurn­akan majlis semalam.
 ??  ?? SETIA: Muhyiddin bersama anggota RELA sempena majlis itu.
SETIA: Muhyiddin bersama anggota RELA sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia