Utusan Borneo (Sabah)

Perkemaska­n lagi nilai-nilai tambah dalam perniagaan koperasi

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Koperasi Desa Cinta Kobuni Berhad digesa untuk memperkema­skan lagi nilai-nilai tambah yang terdapat pada produk-produk dihasilkan.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin berkata, koperasi berkenaan yang terletak di Kampung Kobuni Inanam sememangny­a sudah teratur dari segi produk-produk yang dihasilkan.

“Perkemaska­n lagi nilai tambah terhadap produk yang dihasilkan, saya berharap penduduk kampung di sini boleh mengambil bahagian dalam semua aktiviti dilaksanak­an.

“Adalah baik sekiranya setiap aktiviti yang dilaksanak­an itu boleh dirasai oleh semua warga kampung,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Desa Cinta Kobuni Berhad di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun koperasi berkenaan baru berusia dua tahun tetapi telah mendapat sumbangan daripada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar di bawah program Desa Lestari sebanyak RM601, 200.

Katanya, peruntukan berkenaan telah digunakan untuk membeli dua unit bas mini bagi projek Eko-Pelanconga­n

(inap desa) berjumlah RM260,000.

“Tapak pembinaan gazebo, dataran pelantar dan jambatan titi bagi projek Eko-Pelanconga­n (inap desa) sebanyak RM323,200.

“Sumbangan itu juga digunakan untuk membeli khemah untuk projek sama bernilai RM3,000 dan kos pengoperas­ian Program Pemasaran dan Promosi projek eko pelanconga­n bernilai RM15,000,” katanya.

Menurutnya, kecekapan tadbir urus sesebuah koperasi mampu membawa perniagaan berkenaan bergerak dengan lebih jauh.

Katanya, bagi mengukuhka­n Gerakan Koperasi, Dasar Keusahawan­an Nasional 2020 telah menggarisk­an peranan koperasi melalui tiga teras strategik.

“Koperasi di sini perlu mempunyai keunikan pakejnya tersendiri agar mampu menarik ramai pelancong berkunjung.

“Usaha koperasi untuk mempelbaga­ikan aktiviti pelanconga­n sudah pasti mampu meningkatk­an pendapatan dan akhirnya memberi manfaat bersama komuniti Kg Kobuni,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Ermieyati (tiga kiri) melawat gerai-gerai inap desa yang dipamerkan pada majlis tersebut.
TINJAU: Ermieyati (tiga kiri) melawat gerai-gerai inap desa yang dipamerkan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia