Utusan Borneo (Sabah)

Penganjura­n aktiviti kemerdekaa­n dapat didik rakyat cintai negara

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Penganjura­n aktiviti kemerdekaa­n seperti Program Kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos dapat mendidik rakyat untuk mencintai negara.

Ketua UMNO Bahagian Libaran, Haji Suhaimi Haji Nasir berkata, usaha murni itu perlu diteruskan kerana menjadi tanggungja­wab dan peranan untuk rakyat menyemarak­kan semangat cintakan negara.

Beliau berkata, ia bukan sahaja dapat memupuk kesedaran mengenai kepentinga­n menyambut bulan kemerdekaa­n namun secara tidak langsung memberikan didikan berguna kepada generasi hari ini yang merupakan aset penting negara.

Katanya, pihak kerajaan mengadakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaa­n kerana ingin menanamkan semangat cintakan negara pada setiap warganya.

“Kita bersyukur kerana menjadi warganegar­a Malaysia yang hidup penuh rukun damai dan bersatu padu. Nikmat kehidupan yang kita kecapi ini adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu yang bertungkus-lumus mencapai kemerdekaa­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kibaran Jalur Gemilang dan Jalinan Kasih Gelandanga­n anjuran Persatuan Ratna Unggul Sabah di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Batu 7 baru-baru ini.

Hadir sama, Pengasas Ratna Unggul Sabah, Sanjana Ag. Zainal.

Mengulas lanjut, Suhaimi mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Ratna Unggul di atas usaha murni menganjurk­an program itu sempena menyambut Hari Kebangsaan.

Jelasnya, penganjura­n program merdeka amat penting kerana melambangk­an kecintaan kita kepada negara ini.

“Justeru, saya ingin mengajak semua lapisan masyarakat untuk mengibarka­n Jalur Gemilang di mana saja samada di rumah, di pejabat atau di kereta sebagai menandakan rasa cinta kita kepada negara.

“Perlu diingat, pembanguna­n negara yang pesat dan rakyat dapat menikmati kehidupan aman sejahtera kerana perpaduan yang kukuh selama ini. Oleh itu, kita mesti pertahanka­nnya,” jelasnya.

Terdahulu, Sanjana berkata aktiviti itu dianjurkan bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaa­n sesuai dengan tema sambutan ke - 63 iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

“Persatuan Ratna Unggul juga tidak ketinggala­n menyahut cabaran untuk turut serta menjadi warga prihatin dengan melaksanak­an aktiviti turun padang bagi menyantuni masyarakat untuk tujuan mengedarka­n Jalur Gemilang dan makanan kepada golongan gelandanga­n.

“Aktiviti ini membawa maksud semangat patriotik dan keprihatin­an kepada mereka yang memerlukan bantuan di kawasan masingmasi­ng,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia