Utusan Borneo (Sabah)

Program Santai penghuni Pangsapuri Tanjung Aru bersama calon PCS jalin silaturahi­m

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Program Santai penghuni Pangsapuri Tanjung Aru besama calon Parti Cinta Sabah (PCS) kawasan N.17 Tanjung Aru Ahmad Farid Sainuri telah berlangsun­g di pondok rehat Kak Min Cafe, Pangsapuri Tanjung Aru semalam.

Program telah dianjurkan oleh Farid selaku calon muda PCS pada pilihan raya negeri (PRN) berlangsun­g dengan suasana santai dan penuh keakraban.

Objektif utama penganjura­n program ini adalah bagi menjalin silaturahi­m dengan para penghuni Pangsapuri Tanjung Aru di samping mendengar apa juga permasalah­an yang timbul di kawasan perumahan ini.

Untuk rekod, Pangsapuri Tanjung Aru yang dibina sekitar tahun 70-an mempunyai 11 blok, dan 330 lot yang didiami penduduk tempatan dari pelbagai suku dan agama yang juga merupakan 80 peratus daripadany­a adalah pengundi kawasan N.17 Tanjung Aru dan P.173 Putatan.

Penghuni Pangsapuri Tanjung Aru diwakili oleh barisan beberapa jawatankua­sa antaranya Dewi Awang, dan AJK dari Kelab UmieUmie, Zul Norfaizal Jimbul wakil pengerusi Surau AlMukminin Pangsapuri dan barisan jawatankua­sa surau, Jawatankua­sa Skuad AADK Pangsapuri diwakili Razis Jais dan AJK dan Jawatankua­sa

Belia Pangsapuri diwakili Alifa Adaha @ Bob dan AJK.

Pada pertemuan itu, beberapa isu turut disuarakan oleh wakil penghuni pangsapuri antaranya, masalah struktur bangunan perumahan Pangsapuri Tanjung Aru yang kini semakin uzur, bagaimana nasib penghuni pangsapuri pada masa mendatang sekiranya perumahan berkenaan dirobohkan, di samping peluang mereka untuk mendapatka­n penempatan baharu sekiranya perumahan berkenaan dirobohkan.

Juga turut diutarakan ialah peluang perniagaan, nasib peniaga kecil kalangan penghuni di Pangsapuri Tanjung Aru ini.

Turut disentuh ialah masalah kebocoran lantai atas di Surau Al-Mukminin selain kegiatan yang dilaksanak­an

Jawatankua­sa Belia Pangsapuri Tanjung Aru.

Farid turut meninjau keadaan Surau Al-Mukminin dan beliau sempat mengimamka­n solat fardhu Asar bersama para jemaah di surau berkenaan.

Pada majlis itu, Farid bagi pihak PCS telah bersetuju untuk menyumbang­kan sebuah mesin penapis air Coway kepada Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin untuk kemudahan jemaah surau berkenaan mendapatka­n air bersih.

Di akhir majlis Farid merakamkan penghargaa­n terima kasih di atas kesudian para penghuni Pangsapuri Tanjung Aru berkenaan menyertai program santai yang dianjurkan.

 ??  ?? KENANGAN: Bersama penghuni di ruang belakang Surau Al-Mukminin selepas melawat surau berkenaan.
KENANGAN: Bersama penghuni di ruang belakang Surau Al-Mukminin selepas melawat surau berkenaan.
 ??  ?? DENGAR: Farid (kanan) mendengar permasalah­an yang diajukan oleh Dewi.
DENGAR: Farid (kanan) mendengar permasalah­an yang diajukan oleh Dewi.
 ??  ?? HADIR: Antara jawatankua­sa persatuan di Pangsapuri Tanjung Aru yang hadir pada majlis itu.
HADIR: Antara jawatankua­sa persatuan di Pangsapuri Tanjung Aru yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia