Utusan Borneo (Sabah)

LDP setuju Sabah harus diperintah oleh parti tempatan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) sependapat dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa nasib Sabah harus ditentukan sendiri oleh rakyat negeri ini.

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata, pada ketika ini semua parti politik tempatan harus menumpukan usaha untuk memperkuat­kan jentera masing-masing bagi menentang parti dari Kerajaan Pusat.

“Pada masa lalu parti dari seberang sering mengeluark­an pelbagai kenyataan yang menyentuh mengenai sensitivit­i kaum Cina.

“Parti Semenanjun­g yang berkuasa kini juga tidak mampu untuk memperjuan­gkan hak orang Cina dan tidak ada satu pun parti pemerintah memberikan­sumbanganb­esar dalam perjuangan menentang usaha-usaha yang mengancam kedudukan masyarakat Cina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh golongan politik lampau untuk menghakis hak asasi masyarakat Cina khususnya dari segi pendidikan dan sebagainya.

Katanya, pada zaman pemerintah­an terdahulu, banyak sekolah pelbagai aliran telah dijadikan bahan kritikan oleh UMNO terhadap masyarakat Cina.

Katanya, pelbagai parti dari Semenanjun­g mencadangk­an agar sekolah pelbagai aliran harus dimansuhka­n.

“Jangan lupa walaupun terdapat anggota Kabinet Pusat yang bersifat perkauman khususnya pendidikan Cina.

“Tetapi secara diam-diam mereka juga menghantar anak masing-masing ke negara luar seperti China untuk mempelajar­i bahasa Mandarin kerana mereka tahu pentingnya penguasaan bahasa berkenaan,” katanya.

Katanya, usaha seumpamany­a adalah tidak sepatutnya berlaku kerana ia mampu mewujudkan perpecahan dalam kalangan masyarakat, selain bercanggah dengan perlembaga­an negara.

Chin menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak seharusnya meletakkan harapan mereka pada parti politik yang berasal dari Semenanjun­g Malaysia atau mereka yang Pro Parti Malaya.

“Mereka sepatutnya tumpukan usaha untuk menguatkan jentera bagi memperjuan­gkan hak orang Sabah daripada dasar Kerajaan Pusat yang tidak adil terhadap Malaysia Timur.

“Ketidakadi­lan itu bukan sahaja dirasai masyarakat Cina tetapi juga kaum lain di sini,” katanya.

Beliau menyeru kepada masyarakat Cina di Sabah terus bertenang dan fikirkan perkara penting untuk mengubah status Sabah daripada genggaman parti dari Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, LDP meninggalk­an Barisan Nasional (BN) pada 2018 disebabkan sedar bahawa masa depan Sabah tidak dapat diubah oleh parti dari Semenanjun­g, sebaliknya perlu dibela oleh parti-parti tempatan.

 ??  ?? SEMANGAT: Suhaimi (lima kiri) mengedar dan melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan yang melalui pekarangan pusat beli-belah itu.
SEMANGAT: Suhaimi (lima kiri) mengedar dan melekatkan bendera Jalur Gemilang pada kenderaan yang melalui pekarangan pusat beli-belah itu.
 ??  ?? CHIN
CHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia