Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan terus beri perhatian kepada peranan JKKK

JKKK penting dalam membantu kerajaan menangani pelbagai isu yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan rakyat: Uggah

- Oleh Saleman Senin

BETONG: Peranan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dalam menjaga kawasan masing-masing dan membantu kerajaan menangani pelbagai isu yang boleh menjejaska­n kesejahter­aan dan perpaduan masyarakat di negeri ini akan terus diberi perhatian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kejayaan masyarakat di peringkat akar umbi membendung wabak COVID-19 memberi impak positif kepada usaha kerajaan menangani isu global yang masih membimbang­kan banyak pihak.

“Maka itu, usaha kerajaan dalam memperkasa­kan JKKK di negeri ini dengan mempelbaga­ikan peranan masing-masing adalah sesuatu yang amat tepat kerana ia boleh membabitka­n masyarakat peringkat akar umbi.

“Penglibata­n dalam pelbagai program yang dijalankan selain meraikan sambutan majlis kampung, perkahwina­n dan upacara kematian harus dilaksanak­an dengan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa.

“Pengamalan SOP dengan menyediaka­n buku catatan atau aplikasi mySejahter­a oleh pihak JKKK akan memudahkan pihak berwajib untuk mengesan jika berlaku sebarang perkara yang memerlukan untuk mencari konteks yang hadir.

“Kehadiran orang luar di kampung-kampung atau rumah panjang dalam majlis berkaitan memerlukan pendaftara­n bagi memudahkan pengesanan kenalan sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis

“Maka itu, usaha kerajaan dalam memperkasa­kan JKKK di negeri ini dengan mempelbaga­ikan peranan masing-masing adalah sesuatu yang amat tepat kerana ia boleh membabitka­n ” masyarakat peringkat akar umbi.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

Pelancaran Bengkel Kepolisan Komuniti untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Bahagian Betong yang berlangsun­g di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong di sini, semalam.

Sementara itu, Uggah berkata penyebaran berita palsu menerusi media sosial juga semakin membimbang­kan.

“Kesan daripada penyebaran berita palsu ini akan memberi kesan kepada perpaduan rakyat kerana ia boleh menimbulka­n kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Oleh yang demikian, peranan JKKK dalam merungkai bersama penyebaran berita menerusi sumber yang sahih kepada penduduk kampung dan rumah panjang amatlah diharapkan,” ujarnya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitah­u pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga akhir tahun ini menunjukka­n kerajaan memandang serius terhadap pandemik yang mengancam nyawa rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam kelmarin mengumumka­n kerajaan melanjutka­n tempoh PKPP yang bakal berakhir 31 Ogos ini sehingga 31 Disember depan.

Hadir sama ADUN Layar Gerald Rentap Jabu, ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam, ADUN Betong Maro Razaili Gapor dan Residen Bahagian Betong Friday Belik.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah merasmikan Majlis Pelancaran Bengkel Kepolisan Komuniti untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Bahagian Betong, semalam.
SIMBOLIK: Uggah merasmikan Majlis Pelancaran Bengkel Kepolisan Komuniti untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Bahagian Betong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia