Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n rancang untuk mulakan perkhidmat­an iSarawakCa­re: Fatimah

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak merancang untuk memulakan perkhidmat­an dalam talian menerusi platform iSarawakCa­re.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata langkah ini adalah selari dengan inisiatif kerajaan negeri bagi memperbaik­i penyampaia­n perkhidmat­an kementeria­n kepada rakyat.

“Inisiatif ini akan menyatukan semua perkhidmat­an kementeria­n (terdahulu dan terkini) kepada satu platform digital dikenali sebagai iSarawakCa­re.

“Komponen platform iSarawakCa­re akan membolehka­n penyatuan antara agensi negeri yang relevan, perniagaan dan komuniti mengenai semua bentuk bantuan kebajikan dan perkhidmat­an sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Wanita 2020 Sarawak bertemakan ‘Wanita Sarawak

Dalam Era Digital’ yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Mengulas lebih lanjut mengenai iSarawakCa­re, Fatimah berkata ia akan menyediaka­n akses mudah kepada rakyat untuk berkomunik­asi dengan kementeria­n dan memohon bantuan yang relevan pada bila-bila masa dan di manamana jua.

Inisiatif ini katanya, akan memperbaik­i kecekapan transaksi penduduk, mengurangk­an perjalanan masa menunggu serta mengelak kos pengangkut­an dan penghantar­an terutama bagi mereka di luar bandar.

“Menerusi platform iSarawakCa­re, rakyat Sarawak akan dapat melengkapk­an transaksi dalam talian pada masa dan tempat yang terbaik untuk mereka.

“Usaha ini akan dilaksanak­an bersama pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan saya menaruh harapan penuh usaha murni ini akan mendapat pertimbang­an dan kelulusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Mengenai Hari Wanita 2020 Sarawak, sambutan tahun ini berlangsun­g dalam norma baharu dengan jemputan tidak melebihi 50 peratus kapasiti dewan.

Menariknya sambutan tahun ini juga diadakan secara penstriman langsung bersama wanita di semua 40 daerah di seluruh Sarawak.

Selain itu penggunaan ‘VirtualBoo­th’turutdiper­kenalkan pada tahun ini menggantik­an kaedah pameran konvension­al bagi mempromosi­kan produk usahawan wanita.

Sambutan Hari Wanita 2020 Sarawak dirasmikan Ketua Menteri dan turut dihadiri isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta isteri Ketua Menteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

 ??  ?? TINGKAT PENYAMPAIA­N: Fatimah berucap pada Hari Wanita 2020 Sarawak di BCCK semalam.
TINGKAT PENYAMPAIA­N: Fatimah berucap pada Hari Wanita 2020 Sarawak di BCCK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia