Utusan Borneo (Sabah)

OCBC Bank, Kelab Rotary santuni pelajar enam sekolah di Sibu

-

SIBU: Seramai 3,863 pelajar dari enam sekolah di sini menerima 14,800 pelitup muka, 89 pek cecair pensanitas­i tangan empat liter dan 10 termometer daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan Kelab Rotary Sibu sebagai usaha membantu pelajar kekal selamat semasa berada di sekolah.

Enam sekolah terbabit ialah SMK Sacred Heart, SJK Methodist, SJK Nang Sang, SJK Dung Sang, Sekolah Persendiri­an Cina Kong Ming dan SJK Sang Ming.

Presiden Kelab Rotary Sibu, Stephen Wong berkata kerjasama dengan OCBC Bank memang wajar memandangk­an mereka menjayakan pelbagai projek kemasyarak­atan.

“Kami terhutang budi kepada OCBC Bank khususnya cawangan Sibu yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan komitmen dalam membantu masyarakat akibat COVID-19 memandangk­an pelajar dan sekolah-sekolah memerlukan bantuan.

“Kami harap sumbangan itu membantu pelajar dapat ketenangan fikiran berada di sekolah. Kami gembira memainkan peranan membantu masyarakat dan membolehka­n mereka memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Cawangan Sibu Albee Ling berkata OCBC Bank akan terus berusaha mendekati dan terlibat dalam masyarakat di pusat operasinya bukan sekadar menyediaka­n produk dan perkhidmat­an unggul tetapi memenuhi keperluan sosial mereka.

“Kesan sosial dan ekonomi pandemik global membebanka­n ramai orang dan kami menghulurk­an tangan kepada masyarakat terutamany­a mereka terkesan teruk dalam beberapa bulan ini.

“Kami berterima kasih kepada Kelab Rotary Sibu melaksanak­an program ini dan berharap sumbangan kecil kami ini membantu mereka dalam tempoh sukar ini,” jelasnya.

Pada program itu, OCBC Bank menaja sejumlah RM20,000 untuk program bantuan khas bersama Kelab Rotary Sibu.

 ??  ?? IKHLAS: Stephen (enam kiri), Albee (empat kanan) serta yang lain menunjukka­n sumbangan bersama mereka kepada enam sekolah di Sibu semalam.
IKHLAS: Stephen (enam kiri), Albee (empat kanan) serta yang lain menunjukka­n sumbangan bersama mereka kepada enam sekolah di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia