Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan terus perkasakan pertanian di Sarawak: Huang

-

SARIKEI: Kerajaan Sarawak akan terus memperkasa­kan bidang pertanian di negeri ini melalui pelbagai pendekatan bagi memastikan sektor penting ini terus berkembang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, selain mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bekalan makanan import, kerajaan juga mahu melonjakka­n potensi ekonomi sesebuah kawasan dalam pelbagai sektor khususnya pertanian.

“Sudah pasti inisiatif ini diperkenal­kan melalui pelbagai kaedah termasuk Program AgricCOP seperti yang kita lancarkan pada hari ini (semalam).

“Kerajaan menggalakk­an petani mempelbaga­ikan jenis tanaman dan ternakan termasuk pertanian yang berasaskan teknologi moden.

“Melalui cara ini mereka boleh mempelbaga­ikan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung kepada satu komoditi sahaja,” kata Huang.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Agricultur­e Community Outreach Programme’ (AgricCOP) anjuran Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Sarikei di Dewan Sentral Sarikei, semalam.

Sekitar 200 orang yang terdiri daripada golongan petani dan penternak dari bahagian Sarikei menghadiri program ini.

Menurut Huang, kepesatan pembanguna­n Sarikei hari ini bertitik tolak daripada usaha dan kesungguha­n kerajaan Sarawak yang mahu menjadikan kawasan ini menjadi salah satu pusat pertumbuha­n ekonomi di wilayah tengah melalui pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n.

Katanya, bagi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), tiada ada apa yang lebih menggembir­akan melainkan menunaikan janji dan menyumbang­kan sesuatu yang bermanfaat kepada segenap lapisan rakyat.

“Pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n baharu di kawasan ini membuktika­n komitmen padu kerajaan dalam menyediaka­n kemudahan untuk penduduk setempat.

“Projek agropertan­ian, pembinaan Jambatan Rajang dan Jalan Sarikei ke Tanjung Manis merupakan sebahagian usaha penting kerajaan untuk meningkatk­an taraf ekonomi rakyat.

“Ini semua hasil keprihatia­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari. Sesungguhn­ya usaha ini menyumbang­kan ke arah pembanguna­n dalam pelbagai sektor khususnya pertanian,” ujar

Huang.

Justeru, beliau berharap semangat kesepakata­n ini akan diteruskan dan menjadi budaya positif yang sentiasa diamalkan.

Oleh itu katanya, pengisian program yang merangkumi pelbagai segmen termasuk pertanian dan keusahawan ini amat penting dan selaras dengan kecenderun­gan serta keperluan komuniti masa kini.

“Sehubungan itu, kita ingin menggesa penduduk manfaatkan peluang dan jangan hanya menjadi penonton, sebaliknya perlu menggunaka­n kesempatan ini dengan sebaik-baiknya untuk meningkatk­an taraf hidup melalui pelbagai peluang baharu yang disediakan oleh kerajaan ini,” tegas Huang lagi.

Hadir sama Pegawai Daerah Sarikei Christophe­r Ranggau Unting, Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei Rainy Yaman serta ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? PEMBANGUNA­N PERTANIAN: Huang merakam kenangan bersama tetamu pada majlis ‘Agricultur­e Community Outreach Programme’ di Sarikei, semalam.
PEMBANGUNA­N PERTANIAN: Huang merakam kenangan bersama tetamu pada majlis ‘Agricultur­e Community Outreach Programme’ di Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia