Utusan Borneo (Sabah)

MEDAC komited perkasakan gerakan koperasi: Wan Junaidi

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bahagi dalam usaha memperkasa­kan gerakan koperasi di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia selaras dengan Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030) yang menyasarka­n sumbangan perolehan koperasi sebanyak RM100 bilion menjelang 2030.

“Hasil usaha ini akan dapat dicapai apabila kementeria­n bersama agensi yang dipertangg­ungjawabka­n menjaga kepentinga­n koperasi bersama-sama.

“Pada masa sama, mereka juga perlu sentiasa berusaha mengukuhka­n prestasi dan produktivi­ti pelbagai sektor koperasi sebagai salah satu penyumbang utama dalam usaha meningkatk­an ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Bicara Ilmu ‘Jana Pendapatan Dengan Aplikasi Smartphone’ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM).

Menurut Wan Junaidi, program itu merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu usahawan dan ahli koperasi menjana pendapatan dengan menggunaka­n aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube melalui telefon pintar.

Katanya, program yang menyasarka­n 150 ahli koperasi itu boleh membantu mereka dalam menghasilk­an gambar yang menarik dan teknik suntingan gambar dengan menggunaka­n aplikasi suntingan dan pengiklana­n melalui media sosial.

Sehubungan itu, Wan Junaidi

berkata IKM sebagai pusat latihan yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n modal insan koperasi sentiasa membantu anggota koperasi di Sarawak.

Antara usaha dilakukan adalah dengan meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n ahli koperasi dalam pemasaran secara atas talian (online) dan penggunaan aplikasi telefon pintar.

“Tujuannya adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan kedai maya dalam koperasi dan membantu meningkatk­an sumbangan KDNK sektor koperasi dengan menggunaka­n sepenuhnya teknologi atau sistem Internet untuk Segala-galanya (IoT) dalam perniagaan,” kata beliau.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Wan Junaidi dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta. Turut kelihatan, Dr Hazland (barisan hadapan, tiga kanan).
UNTUK ALBUM: Wan Junaidi dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama peserta. Turut kelihatan, Dr Hazland (barisan hadapan, tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia