Utusan Borneo (Sabah)

Ejen insurans perlu seiring perubahan

Pengetahua­n, kemahiran terkini penting untuk terus bersaing dalam era moden: Lee

- Oleh Clare Cinderella

“Ini sangat baik, kerana menjadi ejen insurans bukan sekadar menjual insurans tetapi paling penting ialah mengetahui apa yang diperlukan oleh pembeli dan juga kemampuan ” seseorang.

Datuk Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an

MIRI: Ejen-ejen insurans di sini diingatkan untuk terus meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n mereka seiring dengan perubahan baharu era moden.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin mengingatk­an demikian semasa berucap merasmikan majlis pelancaran Bengkel Pembanguna­n NAMLIFA untuk Ejen Bumiputera di Kelab Gymkhana Miri (KGM) di sini, semalam.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh National Associatio­n of Malaysian Life Insurance Fieldforce and Advisers (NAMLIFA). Perasmiann­ya dilancarka­n menerusi platform dalam talian ‘Zoom’ dengan penceramah­nya ialah Faizal Fauzi, iaitu pengasas Agensi Pakar Takaful Faizal.

Turut hadir pada upacara pelancaran tersebut ialah Ketua NAMLIFA Cabang Miri Alice Voon dan pengerusi penganjur majlis Moses Jolly.

“Ejen insurans hari ini berbeza dengan ejen insurans masa lalu. Ketika saya mula-mula membeli insurans saya beberapa dekad yang lalu, beberapa ejen adalah amatur.

“Mereka hanya mahu menjual insurans tanpa memberi banyak penjelasan kepada pembeli. Mereka bahkan tidak menanyakan keperluan anda atau membuat perancanga­n kewangan untuk anda.

“Sebaliknya, ejen hari ini banyak belajar melalui kursus. Malah mereka mempunyai sijil profesiona­l.

“Ini sangat baik, kerana menjadi ejen insurans bukan sekadar menjual insurans tetapi paling penting ialah mengetahui apa yang diperlukan oleh pembeli dan juga kemampuan seseorang,” ujar Lee.

Beliau menambah ini adalah kemahiran penting kerana ejen insurans hari ini juga merupakan perancang kewangan untuk pelanggan mereka.

Sehubungan itu, Lee memberitah­u mereka tidak boleh menimbulka­n kesulitan kepada pembeli insurans mereka.

Oleh itu katanya, penting bagi mereka untuk memahami keperluan orang yang diinsurans­kan serta latar belakang dan kemampuan kewangan mereka sehingga mereka dapat mengesyork­an produk yang tepat kepada pelanggan mereka.

“Ejen juga mesti memahami perbezaan budaya pada orang kerana masyarakat yang berbeza akan melihat insurans secara berbeza.

“Oleh itu, sudah waktunya anda (NAMLIFA) mempunyai program khas seperti perbincang­an seperti ini untuk ejen-ejen Bumiputera,” kata Lee mengenai kursus yang diadakan.

Mengulas mengenai kaedah kursus dalam talian, Lee memuji pihak penganjur kerana telah menyesuaik­an diri dengan norma baharu dan tidak membiarkan keadaan pandemik semasa menghentik­an mereka daripada mengadakan aktiviti bermanfaat untuk ahli.

“Berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana banyak orang dapat mengikuti kursus NAMLIFA dan tahun ini berbeza kerana norma baharu yang kita praktikkan.

“Program untuk Bumiputera yang dianjurkan buat pertama kalinya amat berguna untuk membantu para ejen ini menjadi lebih profesiona­l.

“Industri insurans adalah industri perkhidmat­an yang sangat kompetitif. Terdapat keperluan bagi semua orang yang bekerja di industri perkhidmat­an ini untuk terus meningkatk­an profesiona­lisme mereka. Ini pasti akan membantu anda memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada pelanggan anda.

“Saya gembira melihat NAMLIFA Cawangan Miri masih aktif mengadakan kursus dan aktiviti untuk ahlinya,” katanya.

 ??  ?? AMANAT: Lee semasa berucap kepada para peserta bengkel ketika merasmikan program berkenaan menerusi platform atas talian, Zoom semalam.
AMANAT: Lee semasa berucap kepada para peserta bengkel ketika merasmikan program berkenaan menerusi platform atas talian, Zoom semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia