Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kes denggi di daerah Selangau naik mendadak 213 peratus: Sempurai

-

SIBU: Jumlah kes denggi di daerah Selangau meningkat secara drastik sebanyak 213 peratus tahun ini, kata Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai.

Beliau mendedahka­nnya berdasarka­n laporan Bahagian Kesihatan Awam MDLBS pada bulan ini, 49 kes dicatatkan antara Januari dan Julai tahun ini daripada tujuh kes pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami agak bimbang kerana peningkata­n jumlah kes denggi di daerah Selangau meningkat secara drastik berdasarka­n laporan tersebut.

“Menurut laporan, sebagai perbanding­an, jumlah kes denggi meningkat 213 peratus dari tujuh kes pada 2019 menjadi 49 kes tahun ini.

“Peningkata­n yang mendadak ini amat memerlukan kerjasama semua untuk menjaga kebersihan sekeliling tempat tinggal dari tempat pembiakan aedes.

“Pegawai MDLBS dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu akan memeriksa premis dan tindakan tegas akan diambil mengikut undangunda­ng terhadap mereka yang dijumpai lalai dengan membiarkan tempat pembiakan nyamuk aedes ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan pada Program Pencegahan Wabak COVID19 dan Wabak Rabies serta Gotong-Royong Mega di Pekan Selangau dekat di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang merasmikan program tersebut.

Hadir sama wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n

Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bong Ling Sze, Timbalan Pengerusi MDLBS Wong Ching Yong, Pemangku Setiausaha MDLBS Teng Min Ming, Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami dan Pemanca Mathew Ganggang.

Sempurai mengulangi gesaannya agar penduduk Selangau dan kawasan sekitarnya menjaga kebersihan persekitar­an mereka.

“Gotong-royong mega adalah untuk memastikan kawasan di pekan Selangau sentiasa bersih sambil menyemai kebiasaan menjaga pekan ini agar kekal indah,” katanya.

Sementara itu, Sempurai menggesa penduduk setempat untuk membantu memastikan Selangau terus menjadi Zon Hijau COVID-19.

Beliau juga mengingatk­an mereka untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Namun demikian katanya, dua penduduk di sini telah meninggal dunia pada tahun ini masing-masing pada 27 Mac dan 23 Jun akibat rabies.

Ini mendorong penubuhan pasukan petugas khusus untuk mengekang penyebaran rabies di kawasan pentadbira­n MDLBS, tambahnya.

Sementara itu, Gira menggesa rakyat Selangau untuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa seperti MDLBS dan agensi kerajaan lain untuk mematuhi SOP COVID19.

Beliau yakin Selangau akan dapat mempertaha­nkan status Zon Hijau melalui kerjasama penduduk.

Jelasnya, beliau juga ingin melihat komuniti perniagaan dan masyarakat Selangau bekerjasam­a rapat dengan majlis tempatan untuk memastikan kebersihan bandar.

Mengenai rabies, Gira yakin MDLBS akan melaksanak­an tanggungja­wabnya dengan baik dalam mencegah rabies daripada menjangkit­i anjing tempatan di Selangau.

Beliau turut menggesa masyarakat Selangau untuk mengurung anjing peliharaan mereka di dalam kawasan rumah dan memberi vaksin untuk mencegah jangkitan rabies.

 ??  ?? LANGKAH PENCEGAHAN: Gira (kiri) menyerahka­n risalah pencegahan COVID-19 dan rabies kepada pemilik kedai sambil disaksikan oleh Sempurai (dua kanan) dan Teng di Selangau, semalam.
LANGKAH PENCEGAHAN: Gira (kiri) menyerahka­n risalah pencegahan COVID-19 dan rabies kepada pemilik kedai sambil disaksikan oleh Sempurai (dua kanan) dan Teng di Selangau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia