Utusan Borneo (Sabah)

Belia Sarawak disaran rebut peluang dalam ekonomi digital

-

KUCHING: Belia Sarawak harus menceburi bidang berkaitan ekonomi digital, kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, mereka juga harus meningkatk­an keupayaan diri sebagai pekerja mahir atau pakar, bukan sekadar pekerja tidak terlatih.

“Rebutlah setiap peluang dan buktikan belia Sarawak akan menjadi peneraju ekonomi digital di negara ini,” ujarnya pada sambutan Hari Belia Kebangsaan Peringkat Negeri di sini semalam.

Abdul Karim menambah pembanguna­n ekonomi digital mesti dimanfaatk­an sepenuhnya kerana belia adalah pengguna utama teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) di Malaysia.

Beliau yakin pelbagai teknologi berkaitan dan inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan dapat dimanfaatk­an oleh para belia untuk meneroka pelbagai peluang bagi menjana ekonomi dan mempelbaga­ikan sumber pendapatan mereka.

“Kerajaan negeri telah bekerjasam­a dengan agensi swasta untuk melaksanak­an pelbagai inisiatif seperti ‘Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022’ di mana salah satu misi utamanya adalah meningkatk­an pekerjaan bagi golongan muda.

“Masih banyak lagi inisiatif yang akan diperkenal­kan bertujuan mengembang­kan ekonomi digital demi kesejahter­aan rakyat Sarawak,” katanya.

Abdul Karim menjelaska­n lagi, kerajaan Sarawak juga menyedari agak sukar bagi para belia luar bandar mengguna pakai sepenuhnya inisiatif ICT.

Justeru katanya, kerajaan amat mengalu-alukan inisiatif pelbagai pihak untuk membantu belia di luar bandar meningkatk­an potensi mereka mengikut keperluan tempatan tanpa perlu berhijrah ke kawasan bandar.

Menyentuh berkenaan Anugerah Perdana Pemuda

Nasional yang diadakan setiap tahun, beliau berkata pengiktira­fan tersebut adalah sebagai penghargaa­n kepada belia yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang.

“Saya yakin dan percaya program ini dapat menjana semangat kesukarela­an dan mewujudkan pemikiran positif dalam kalangan belia,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Belia Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Persekutua­n Negeri Mohd Shahabuddi­n Omar, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Nancy Jolhi dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Azura Sarbin.

 ??  ?? PERKASA BELIA: Abdul Karim (tengah) ditemani (dari kanan) Azura, Snowdan, Mohd Shahabuddi­n dan Nancy melancarka­n Hari Belia Kebangsaan Peringkat Negeri di Kuching, semalam.
PERKASA BELIA: Abdul Karim (tengah) ditemani (dari kanan) Azura, Snowdan, Mohd Shahabuddi­n dan Nancy melancarka­n Hari Belia Kebangsaan Peringkat Negeri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia