Utusan Borneo (Sabah)

PMW adakan Karnival Trois Jours sehingga 31 Ogos ini

-

MIRI: Pullman Miri Waterfront (PMW) mengadakan Karnival Trois Jours yang bermaksud tiga hari dalam bahasa Perancis bermula semalam sehingga 31 Ogos ini.

Karnival selama tiga hari ini mengumpulk­an seramai 21 vendor yang terdiri daripada rakan niaga hotel dan pembuat kraf tangan bebas yang menjalanka­n perniagaan di sekitar bandar raya ini.

Karnival Trois Jours disempurna­kan perasmiann­ya oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii sambil disaksikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Interhill Albert Hu, Ketua Pegawai Operasi (Hospitalit­i) Kumpulan Interhill Eric Tan, Pengurus Besar Kluster Pullman Kuching dan PMW Ishak Ibrahim, Pengurus Hotel PMW Alan Tham, kakitangan hotel, tetamu undangan dan pengunjung hotel.

Selesai upacara perasmian, para tetamu kehormat dibawa ke Tingkat 7 bagi merasmikan Taman Herba yang terletak bersebelah­an dengan kolam renang infiniti hotel tersebut.

Taman unik ini diilhamkan daripada Planet 21 yang merupakan sebuah program yang dirancang oleh Accorhotel­s bagi mempromosi­kan dan berkongsi kesedaran mengenai isu-isu pembanguna­n yang mampan dalam industri perhotelan.

Terdapat kira-kira 12 jenis tanaman herba yang ditanam dan diusahakan oleh kakitangan hotel itu sendiri termasuk selasih, daun pandan, cili dan bawang merah.

Karnival semalam dimulakan dengan demonstras­i pameran coklat oleh Cef Pastry Sous Shahrul diikuti pelbagai aktiviti seperti pemainan, penampilan badut dan maskot khas, kelas masakan bersama cef hotel, pameran dari rakan peserta hotel, pertunjuka­n fesyen pengantin, cabutan bertuah dan pasar gaya artisan yang dikendalik­an oleh vendor tempatan.

Pada masa sama, pameran perkahwina­n hotel diadakan di Tingkat 6 yang menawarkan pameran dari penyedia perkhidmat­an perkahwina­n dan acara terkemuka di Miri.

Selain itu, karnival yang menyeronok­kan ini juga menampilka­n persembaha­n kugiran langsung pada waktu malam oleh Mountain Wind Band yang merupakan sebuah kumpulan muzik terdiri daripada empat orang pemuzik tempatan yang terkenal dengan ramai penonton dan lagulagu bergenre tempatan.

Sementara itu, sempena karnival ini dan sambutan Hari Kebangsaan, PMW menawarkan Jualan Karnival Merdeka berupa penginapan tiga hari dua malam bermula 29 hingga 31 Ogos pada harga RM318 untuk pengunjung menginap pada hujung minggu yang panjang ini.

Selain itu, mereka yang menginap semasa tempoh karnival ini juga berpeluang menikmati promosi ‘All You Can Eat Ala Carte’ untuk makan tengah hari dan makan malam.

Di samping itu, promosi untuk perayaan akan datang juga disediakan semasa karnival ini berlangung, manakala tetamu yang datang dan singgah dapat menikmati tawaran istimewa yang terdapat sepanjang karnival berlangsun­g.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi hotel boleh hubungi WhatsApp PMW menerusi talian 016-8639527 atau layari akaun rasmi Facebook dan Instagram.

 ??  ?? SIMBOLIK: Adam (kiri) menerima cenderahat­i daripada PMW sebagai tanda kenang-kenangan merasmikan karnival tersebut.
SIMBOLIK: Adam (kiri) menerima cenderahat­i daripada PMW sebagai tanda kenang-kenangan merasmikan karnival tersebut.
 ??  ?? LAWATAN: Adam (tengah) membuat lawatan ke gerai-gerai yang turut serta dalam karnival tersebut.
LAWATAN: Adam (tengah) membuat lawatan ke gerai-gerai yang turut serta dalam karnival tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia